let’s spread the love~

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila bercakap perihal dakwah, ramai yang pasti akan menolak..bukan menolak untuk menerima tetapi menolak untuk memberi..kerana apa??kerana beralasan diri ini masih belum cukup sempurna..

“Aku ni bukan budak surau macam hang..nak berdakwah apenye…”

“ish aku ni ilmu tak banyak..kalau dalam solat pun bace surah2 pendek je..xkan lah nak berdakwah..”

begitulah alasan yang kadang-kala kita beri pabila diajak berdakwah..definisi sempurna kita itu sebenarnya bagaimana??kita ini hakikatnya hanya manusia yang imannya turun naik seperti pasang-surutnya air di lautan..nah,sekarang beritahu saya, pada ketika bila kita ini dianggap sempurna??suka untuk saya memetik kata-kata Akh Hilal Asyraf didalam bukunya motivasinya, Fanzuru.

“Kita bukan manusia luar biasa yang mendapat tarbiyyah terus daripada Rasulullah seperti para sahabat baginda.Kita juga bukan makhluk istimewa seperti malaikat.Kita juga bukan makhluk terpilih seperti para rasul dan anbiya.Kita hanya manusia biasa.Jadi, sampai bila baru kita boleh mengajak manusia lain kepada kebaikan?..”

walaupun kita ini ilmunya kurang, solat malamnya juga masih belum mampu beristiqamah, hafalan surahnya juga masih diperingkat awal,ianya tetap menjadi tugas kita untuk berdakwah, mengajak manusia kepada Allah..kerana hakikatnya, dalam kita berdakwah kepada orang lain,kita juga dengan sendirinya akan lebih berusaha untuk mempertingkatkan diri sendiri..tidak percaya??sila cuba ye^^

Rasulullah juga pernah bersabda:  “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat..”

berdakwah itu skopnya luas..bukan hanya dengan kita duduk, bercakap mengenai islam..kerana islam itu sendiri adalah cara hidup bukan??jadi, kita juga boleh berdakwah dengan cara menunjukkan sikap yang baik..hatta dengan susun selipar depann rumah sekalipun boleh dikira dakwah tau!

satu perkara yang saya pegang sehingga hari ini, dakwah itu definasinya mengajak manusia kepada Allah.Sebab apa kita ajak orang lain??sebab rasa sayang dan kita tidak mahu dia tertinggal dibelakang,bukan?kalau kita yakin bahawa Allah itu sweet, islam itu best, tarbiyyah itu osem, takkanlah kita nak simpan sorang2..kita mesti mahu orang lain juga merasa seperti apa yang kita rasa..jadi, kita kena sampaikan supaya orang lain juga merasa seperti mana yang kita rasa..

“Segerakan berbuat kebaikan, ditakuti jika kita melambat-lambatkannya, maka kita tidak akan melakukannya. Tangguhkanlah berbuat kejahatan, moga-moga jika kita menangguh-nangguhkannya, kita tidak akan melakukannya..

haaa~sekarang dah semangat nak berdakwah??let’s spread the love!!

“hidup didunia ini hanya sekali..hiduplah dengan penuh erti..”

masih tersisakah waktu buatku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam itu dingin..aku duduk merenung dinding sambil terngiang-ngiang perkara yang dibincangkan dalam usrah malam itu..TAUBAT..sebenarnya, aku sering diingatkan dengan pesanan, “sebelum tidur, solat taubat dulu ye! Sebab kita ni tak tahu bila nyawa kita akan ditarik..kot-kot la waktu tidur nanti..”aku solat taubat tapi amat jarang sekali..dan kadang-kala aku rasa seperti hati ini kosong..mata ini tidak mampu menangis ketika solat..

Malam itu aku berazam untuk solat taubat setiap hari sebelum tidur..dan entah kenapa malam itu seperti hati ini ditiupkan dengan satu perasaan yang ganjil..dan mindaku bagai terlayar segala dosa-dosa silam yang aku rasa cukup untuk membuatkan aku berasa sangat kerdil dimata Illahi..Malam itu, air mata ini jatuh membasahi bumi..menangis kerana takut..sungguh, aku takut..takut kalau-kalau saat nyawa ini ditarik, aku masih belum mendapat keampunan Illahi..

Kata ummi,

kalau Allah kurniakan rasa ingin bertaubat dalam diri kita, itu adalah satu nikmat dari Allah..

Malam itu juga ketika aku membaca tafsir surah Al-Mulk, aku rasa takut yang amat sangat..

Sudah merasa amankah kamu bahawa Dia yang dilangit tidak akan membuatkan kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang? atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu.. (Al-Mulk,67:16~17)

Tiada jaminan untuk aku berasa selamat di atas muka bumi ini..tiada jaminan yang hari esok masih ada lagi buatku..tiada jaminan aku akan selamat di akhirat kelak sekiranya aku ini tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga..rasa takut itu menyelubungiku sehingga aku tidak dapat melelapkan mata malam itu..

Allah,

masih tersisakah waktu buatku?

masih terbukakah pintu taubat itu buatku?

masih adakah ruang untukku disyurgaMu kelak?

Ya Allah,

pandanglah aku si pendosa ini sekali lagi,

kasihanilah aku..ampuni aku..

aku sedar Ya Allah,

jika dihitung amalanku, sedikit pun aku tidak layak memasuki syurgaMu,

tapi Ya Allah,

aku amat takut akan azabMu diakhirat kelak..

pandanglah aku sekali lagi Ya Allah,

tiupkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku..

ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Rahman, ampunilah aku Ya Rahim..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra:
Dari Nabi saw. bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum karena dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyiksa karena dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum karena dosa itu serta berbuatlah sesukamu, karena Aku benar-benar telah mengampunimu..

Aku dan Tarbiyyah

Bila bercakap mengenai tarbiyyah, ramai yang pasti menitiskan air mata..Jalan2 tarbiyyah yang di lalui selama ini penuh dengan titisan air mata jernih..bukan kerana kita menyesal atau sedih memilih jalan ini, tetapi tangisan kita kerana banyaknya dosa-dosa lampau yang pasti takkan terhapus sekiranya tiada keampunan dari Illahi..menangisnya kita kerana bersyukur, Allah masih memilih diri kita ini walaupun kita sebelum ini belum tentu cukup solatnya,belum tentu baik akidahnya dan lebih teruk lagi, kita yang selama ini sering melupakanNya..

Jalan tarbiyyah kita, setiap orang pasti berbeza..cerita kehidupan kita pasti sahaja tidak sama walaupun seerat mana sekalipun persahabatan kita..tapi hakikatnya, cerita kita tak banyak beza..walaupun jalannya bermacam-macam, tetapi matlamatnya tetap sama..cerita aku dan kamu, telah tertulis sejak di alam roh lagi..

Aku juga seperti kamu..Aku dilahirkan dalam islam..Cuma kehidupanku sebelum ini, belum tentu boleh aku katakan sebagai islam..Aku malu pada diri sendiri..Aku malu pada Allah..malu kerana selama ini aku berasa gah berjalan di atas bumi Allah tanpa aku sedari aku ini sebenarnya tiada apa-apa..semuanya kurniaan dari Allah..kudratku, jasadku, hatiku, asalnya semua milik Illahi..

Dan pabila tarbiyyah ditiup kedalam hatiku ini, aku tersedar..aku menangis seolah-olah tangisan ini tidak mahu berhenti..Aku mula mengubah penampilanku..mengubah cara pergaulanku..Betapa aku selama ini memandang remeh terhadap diriku sendiri..betapa aku selama ini tidak sedikit pun menyayangi diriku sendiri..kerana sekiranya aku menyayangi diriku, aku pasti melakukan sebaiknya untuk kembali menghadap Illahi kelak..

Aku tetap juga jatuh walaupun diri ini telah ditarbiyyah..tetapi aku sedar, jatuhnya aku kerana Allah ingin aku bangun kembali..jatuh tidak bermakna aku tewas..tanpa jatuh, aku tidak mungkin bangun..itu juga tarbiyyah..Allah ingin menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya..dan sampai suatu tahap, Allah datangkan ujian yang pada aku, sukar untuk aku tepis..aku menangis kerana takut..takut sekiranya dimurkai Illahi..aku takut kerana aku tahu salah tetapi aku tidak mampu menghadapinya..akhirnya, aku berserah kepadaNya..aku tinggalkannya bersama tangisan..kerana aku yakin janji Allah itu pasti..kini, Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik..Alhamdulillah..

Allah..tarbiyyah itu banyak sangat..mengajar kita erti kehidupan..erti persahabatan..erti kasih sayang..tarbiyyah itu mendidik akidah kita..membentuk dan merawat hati kita yang fitrahnya memerlukan Illahi..betul..tarbiyyah itu bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah..berlapang dada lah dalam menerima segala tarbiyyah dalam hidup kita..salah satu ujian yang akan melanda kita adalah ujian ukhuwah..berlapang dada lah pabila saat itu hadir..ujian ukhuwah itu adalah tarbiyyah dari Allah..

Wahai ukhti,

Tarbiyyah itu ibarat ubat,

Pahit tapi demi merawat kelukaan,

Kita harus telannya,

Dikala kita kesakitan,

Kita sangat memerlukan tarbiyyah,

Supaya lompong2 hati ini kembali terisi..

 Maka ukhti,

Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyyah yang bakal mendatang,

Jalan ini panjang dan payah,

Ikhlaskan hati,

Yakinlah dengan janji Illahi,

Kerana yang pasti,

Kamu tidak sendirian ya ukhti,

Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…

memberi itu lebih baik dari menerima..

Bismillahirrahmanirrahim..

“Dengan apa kau pandang orang yang berdosa?
Pandangan rahmat atau kebencian nista?
Ketahuilah hati yang membenci
Tidak akan mampu mencinta..”
-sinergi-(Hilal Asyraf)

Sekelip mata sahaja.Perkara ini seolah-olah menjadi satu fenomena di facebook..semua orang berkongsi video,blog dan artikel yang memaparkan perkara yang sama..isu mengenai mahasiswa menurunkan bendera..

Saya tidak mahu mengulas panjang..dan saya juga bukan menulis untuk menunding jari siapa salah, siapa betul..kerana dengan menunding jari, masalah ini takkan selesai..malah ummat akan terus tenat..alangkah bagus kalau kita yang mengorak langkah untuk memberi maaf dahulu..bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima?

Mari kita duduk sejenak membaca kisah ini.

Suatu saat Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang lewat adalah sesorang badui. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badui itu lagi yang telah lewat. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat heran apa amalan dari orang ahli syurga itu. Lantas salah seorang dari sahabat membuntuti orang Badui ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badui tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badui ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badui ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badui tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”

SubhanAllah..begitu banyak jalan untuk ke syurga Illahi..

Lupakan dendam..lupakan persengketaan..kerana hati ini akan bertambah sakit saat kita diselubungi dengan rasa benci dan api kemarahan..saat kita diselubungi kemarahan, segala perkara boleh terjadi..kita seolah-olah tidak dapat berfikir dengan waras..pada ketika itu, tindak-tanduk kita kita dikuasai nafsu semata-mata..bukan berlandaskan neraca iman..begitulah manusia..rasa marah memang kadang-kala sukar untuk dikawal..tetapi dengan persengketaan, masalah tetap tidak akan selesai..

Didiklah diri untuk memaafkan dan meminta maaf kepada semua orang sebelum tidur..kerana kita tidak tahu bila agaknya pengakhiran kepada cerita kehidupan kita didunia..andai kata Allah menjemput kita pulang saat kita lena diulik mimpi, bagaimana agaknya nanti?sanggupkah kita berjalan di padang mahsyar kelak mencari seseorang yang masih kita berhutang maaf dengannya?nauzubillah..

~hidup didunia ini hanya sekali, maka hiduplah dengan penuh erti~

wallahualam..