Ukuran Kemuliaan Wanita Hakiki

Wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah

Dengan kecantikan yang Anda miliki, ianya lebih anggun daripada cahaya mentari.

  1. Anda, dengan akhlak yang Anda miliki lebih harum daripada kasturi.
  2. Anda, dengan kerendahan hati yang Anda miliki, lebih tinggi daripada rembulan.
  3. Anda, dengan sifat keibuan yang Anda miliki, lebih menyegarkan daripada hujan.

Oleh kerana itu :

  1. Peliharalah kecantikan itu dengan iman.
  2. Peliharalah keridhaan itu dengan sikap qana’ah.
  3. Peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.

Demikian kata-kata Dr ‘Aidh Al-Qarni, seorang pendakwah terkenal dari Arab Saudi.

Ungkapan ini jika dihalusi adalah usaha untuk membetulkan semula terhadap perkembangan pemikiran dan persepsi yang salah terhadap ukuran kemuliaan seorang wanita.

Pernyataan ini merupakan satu usaha untuk menolak berbagai keraguan berbahaya yang kini sudah menyentuh wilayah keyakinan iaitu :

“Adanya anggapan bahwa dengan kecantikan fizikal, seseorang wanita akan mampu meraih kemuliaan dan mendapatkan kebahagiaan.”

Anggapan ini bukan bersumber dari Islam kerana kemuliaan seseorang wanita TIDAK terletak pada :

  1. Kecantikan wajah.
  2. Keelokan tubuh badan.
  3. Banyaknya perhiasan yang dipakai.

Dalam Islam, ketiga-tiga perkara tersebut adalah FITNAH (ujian) bagi wanita kerana ianya samada boleh membawanya menuju kemuliaan atau mampu menyeretnya ke lembah kebinasaan.

Kenyataannya, tidak sedikit wanita yang terjebak dengan anggapan bahwa keelokan fizikalnya adalah segala-galanya. Mereka menganggap bahwa kemuliaan dan kebahagiaan akan didapati apabila berwajah cantik, kulit yang putih dan tubuh yang ramping.

Maka tidak pelik kalau ramai wanita yang kita jumpai bermati-matian untuk memutihkan kulitnya, membuat pembedahan-pembedahan plastik kepada sebahagian tubuhnya di samping  menghabiskan beribu-ribu malah berjuta wang demi mengejar prestij tersebut.

Bagi yang tidak mampu, mereka menjadi rendah diri dan merasa terasing dari pergaulannya dengan orang lain. Padahal kecantikan dan keindahan tubuh badan tidak dapat dijadikan kayu ukur kemuliaan. Lebih jauh lagi, semua itu tidak dapat menjamin seseorang akan menjadi bahagia.

Ramai juga wanita yang terjerumus ke dalam konsep “penuhanan” terhadap material. Bagi mereka, material adalah harga diri.

Dengan anggapan tersebut mereka mahu melakukan apa sahaja untuk meraihnya. Bahkan tubuhnya pun dengan mudah ingin dikorbankan.

Dalam konteks ini, mereka bukannya menjadi terhormat, tetapi justeru bernilai rendah di hadapan Allah swt.

Di satu sisi mereka bersikap “bermuka dua”, iaitu mengakui Allah swt sebagai Tuhan tetapi pada masa yang sama mereka“bertuhankan” fizikal dan material.

Di sisi lain pula, pengorbanan “mutiaranya” akan membuat orang yang melihatnya tidak akan menghormati mereka.

Kenyataan ini tidak lepas daripada pengaruh media massa, baik cetak maupun elektronik. Kekuatan media massa terletak kepada pengaruhnya untuk membentuk pendapat umum.

Dengan intensiti yang kuat, media massa terutamanya televisyen bukan sahaja menawarkan hiburan tetapi juga secara tidak langsung telah menawarkan :

  1. Nilai.
  2. Budaya.
  3. Prinsip hidup.

Secara perlahan-lahan namun dengan pasti, sajian televisyen yang asalnya menjadi tontonan semata-mata telah berubah menjadi panduan penontonnya, padahal tidak semua sajian televisyen menawarkan nilai yang sama dengan kehendak penontonnya.

Keadaan yang paling buruk adalah ketika sajian televisyen menjadi pengendali “trend” atau ‘trendsetter’ dalam pelbagai aspek kehidupan seperti :

  1. Pola berfikir.
  2. Tingkah laku.
  3. Keyakinan.

sehingga semua yang ada di televisyen menjadi ikutan dan panduan penontonnya dalam kehidupan nyata.

Nampaknya, sajian televisyen yang begitu mengagungkan wanita berupa paras cantik, berkulit putih dan berbadan ramping telah mempengaruhi persepsi kebanyakan wanita Muslimah dan masyarakat pada umumnya. Padahal semua itu salah dan bertentangan dengan Islam.

Di dalam Al Quran, Allah swt menyatakan sebaliknya, bahwa kayu ukur kemuliaan itu adalah ketakwaan BUKAN kecantikan fizikal.

Firman Allah swt :

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”. (QS Al Hujuraat : 13)

Ketaqwaan itu ada di dalam hati. Hal ini sejajar dengan sabda Rasulullah saw bahwa sesungguhnya Allah swt tidak melihat seseorang dari bentuk tubuhnya tetapi melihat hati dan amalnya.

Sesungguhnya kemuliaan dapat diraih seseorang wanita manakala ia memiliki kemampuan untuk:

  1. Menjaga martabatnya dengan iman.
  2. Menerima semua kurniaan yang Allah berikan.
  3. Menghijab dirinya dari kemaksiatan.
  4. Menghiasi semua aktivitinya dengan ibadah.
  5. Memberikan yang terbaik terhadap sesama manusia.

Seorang wanita yang mampu melakukan semua itu akan mulia di sisi Allah dan terhormat di hadapan manusia.

Sejarah mencatatkan bahwa dalam dunia Islam sejak dahulu telah banyak muncul wanita-wanita mulia yang mendapatkan tempat yang terhormat di tengah-tengah umat hingga kini.

Contohnya Sayyidatina Khadijah ra yang namanya terus berkibar sampai sekarang bahkan setiap anak perempuan dianjurkan untuk meneladaninya.

Terkenalnya seorang Khadijah bukan kerana kecantikan dirinya namun kerana pengorbanannya dalam mendukung perjuangan Rasulullah saw mendakwahkan Islam.

Begitu juga Sayyidatina Aisyah ra, salah seorang isteri Nabi saw yang juga seorang cendekiawan muda.

Darinyalah para sahabat mendapat berbagai disiplin ilmu seperti fiqh, hadis dan tafsir. Pada masanya, Aisyah ra diangkat menjadi ulama’ atau guru para sahabat.

Ada pula Asma’ binti Yazid, seorang mujahidah yang membinasakan sembilan tentera Romawi di dalam perang Yarmuk hanya dengan menggunakan sebilah tiang khemah.

Masih ramai wanita mulia yang berkarya besar untuk umat pada masa-masa berikutnya. Di antara mereka ada yang menjadi guru kepada imam mazhab terkenal.

Imam Abu Hayyan mencatat tiga nama wanita yang menjadi guru kepada Imam Syafi’ie, iaitu :

  1. Mu’nisat Al Ayyubiyah.
  2. Syamiyat At Taimiyah.
  3. Zainab binti Abdul Lathif Al Baghdadi.

Keharuman dan keabadian nama mereka disebabkan oleh kemampuan :

  1. Mengembangkan kualiti diri.
  2. Menjaga ‘iffah’ (martabat).
  3. Memelihara diri dari kemaksiatan.

Sinar kemuliaan mereka muncul dari dalam diri mereka BUKAN fizikal. Sinar inilah yang lebih abadi.

Bagi mereka, fizikal hanyalah perhiasan semata-mata di mana, dalam rentang waktu yang lama

akan pudar juga akhirnya sehingga keadaan fizikal seperti apapun tidak banyak mempengaruhi kehidupan mereka.

Akhirnya marilah kita benar-benar mendidik isteri-isteri dan anak-anak perempuan kita khususnya dengan didikan Islam yang sebenarnya sehingga mereka mempunyai :

  1. Harga diri yang tinggi.
  2. Keimanan yang mantap.
  3. Keilmuan Islam yang luas.

sehingga mereka akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada fitnah-fitnah dunia yang boleh mengheret mereka ke lembah kehinaan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami berupa keimanan yang teguh dan keilmuan yang tinggi untuk kami mampu mendidik dan membangunkan keluarga kami mengikuti jalanMu yang lurus.

dipetik dari

http://www.facebook.com/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/ukuran-kemuliaan-wanita-hakiki/275207699186219

Melebar tarbiyyah di Raudhah Shurakah — kini 2100pm

Raudhah Shurakah.

Pernah dengar ke?

Kami masih seperti dahulu.

Cuma tampil menambah pesona dengan perubahan waktu daripada

2030pm —> 2100pm

2 minggu sekali .

Ayuh bersama membasah jiwa di taman syurga Raudhah Shurakah.

Maklumat lanjut penuh informasi,

[klik]

— eerrr…  abaikan catatan 830pm yang tercatat di poster lama—

Ini dia poster baru wow!

Raudhah Shurakah kini tampil 2 minggu sekali, pada jam 2100pm.

.

.

.

.

.

Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis Ilmu.
(HR Thabrani)

Waaah teruja.

Seronoknya berganda.

Ayyyuh!

[Sambil mata bercahaya bersinar-sinar]

Ar rafiiq qabla thariiq~

Bismillah.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah semalam saya cuba juga bermujahadah baca sebuah buku ni.
walapun hanya beberapa helai.
better than never right?
Tajuk nya : Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami.
ia sangat menarik.for me,bestla.
 
ada 1 part yg menarik perhatian sy untuk berkongsi dengan kamu di sana~
 

Ar rafiiq qabla thaariq.

memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan.
 
Perjalanan yang bagaimana? Teman yang bagaimana?
 
Dalam kita menempuh jalan dakwah ini, pasti sepastinya kita tak mampu untuk menempuhnya seorang diri. Akan tiba 1 ketika yang kita sendiri membutuhkan seorang teman tempat kita berbincang, meluahkan perasaan kerana sehingga saat ini, saya yakin semua bersetuju yang jalan ini pasti penuh dgn air mata.bukan hanya senyum dan tawa. kerana jalan ini butuh pengorbanan yang besar dari kita.
 
Imam Ghazali ada berkata dalam Kitab Ihya Ulumuddin,
  
” Hendaknya org yg ingin bepergian memilih teman.
Jangan ia keluar seorang diri. Pilih teman dahulu, barulah tempuh perjalanan.
Hendaknya teman yang menemaninya dalam perjalanan itu adalah org yang bisa membantunya dalam menjalankan prinsip agama , mengingatkannya tatkala lupa, membantu dan mendorongnya ketika ia tersedar.
Sesungguhnya orang itu tergantung agama temannya.
Dan seseorang itu tidak dikenal kecuali dgn melihat siapa temannya….”
 
Begitu pentingnya seorang teman dalam kita menempuh perjalanan kita ini, bukan sahaja perjalanan kalau nak balik kampung dari utara ke selatan ke, malah ia sangat dituntut dalam perjalanan jalan dakwah kita yang pastinya panjang dan infiniti ini.
 
Hadith Rasulullah S.A.W pula,
” Andai manusia mengetahui apa yang akan dialami seseorang jika ia seorang diri,
nescaya tak ada orang yang menempuh perjalanan malam seorang diri.”
 
Hatta, Nabi Musa sendiri pun, dalam surah Thaha,20:29-30 yang berbunyi,
“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, yaitu Harun saudaraku”
membutuhkan seorang teman dalam menempuh jalan ini, inikan pula kita manusia biasa kan…
 
Perjalanan dalam dakwah ini juga, sama seperti perjalanan dalam urusan lain yang memerlukan syarat-syaratnya sendiri. Contoh: perjalanan balik kampung menaiki kereta perlukan kereta yang siap diservis, ahli keluarga yang sihat so that, tak delah kena patah balik ke hospital kalau tiba-tiba ada yang sakit ke (tapi semua tu dengan izin Allah la kan) , bentou yang dah siap dipacking ke so that boleh jimat kos perbelanjaan dan lain-lain.
 
Dan salah satu syarat perjalanan itu adalah,
Ar rafiiq ash shaalih. –>> Teman yang baik.
 
Ada kata-kata bijak pandai, sahabat yang baik adalah cerminan diri kita sendiri.
 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat

ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi.

Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya.

Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Jadi, sama-samalah kita mencari dan juga berusaha menjadi ar rafiiq ash shalih itu.
Jangan hanya mengharap dari sebelah pihak sahaja, malah kita sendiri juga perlu menjadi teman yang baik dalam perjalanan sahabat kita itu juga.
Kerana kita kan sama-sama mahu mengejar syurga dalam perjalanan menggapai mardhatillahNya bukan?
 
 
~Pimpin tanganku jangan lepas~
Allahualam.wassalam.

Merindui dia..Insan pertama disisi Allah.

Berkumandangnya jutaan suara manusia, di belahan bumi bahagian Timur dan bahagian Barat, yang selalu diulang-ulang baik di pertengahan malam dan dikala siang hari: Tiada Tuhan Selain Allah, Muhammad Pesuruh Allah.

Berkumandangnya suara seperti ini selama empat belas abad lamanya, tidak pernah diam dan tidak pernah bungkam dan tidak pernah berhenti. Negara demi negara telah berganti. Keadaan demi keadaan telah bertukar. Tetapi seruan yang abadi itu tetap tidak berubah, seruan yang telah tertanam dalam hati nurani zaman.

Berkumandangnya suara-suara ini, adalah suatu bukti yang hidup, bukti yang berbicara, tentang kemenangan Muhammad ibn Abdullah.

Kemenangan itu diperoleh bukan dalam pertempuran, bukan dalam peperangan. Bukan menaklukkan Kota Makkah.

Bukan memerintah seluruh Jazirah Arab. Bukan menundukkan kedua empayar Kisra dan Kaisar. Tetapi ia adalah kemenangan universal yang telah masuk ke dalam tubuh kehidupan, mengubah jalannya sejarah, menukar nasib alam dan terpateri dalam hati nurani zaman.
Orang yang ingin mengetahui bagaimana kemenangan Rasul, dan bagaimana kemenangan Islam, maka ia hendaklah mempelajarinya dalam diri peribadinya, dalam tingkah lakunya, dalam sejarahnya dan dalam perjuangannya. Dengan begitu ia akan tahu bahawa jalan kemenangan itu jelas. Cara-caranya terdapat lengkap. Sebab-sebabnya jelas. Siapa yang ingin untuk mencapai kemenangan di masa mana saja dan di tempat mana saja, dapat menjadikan suri teladan pada diri Rasul s.a.w itu sendiri.

Muhammad ibn Abdullah telah menang.
Ketika para pemimpin Quraisy datang kepada bapa saudaranya Abu Talib untuk bertukar pendapat. Mereka meminta kepadanya untuk menawarkan kepada anak saudaranya, yang agamanya telah menggelisahkan mereka, mengacaukan adat kebiasaan mereka dan menggoncang dasar-dasar kepercayaan mereka. Mereka meminta agar Muhammad diam tentang mereka, tentang agama mereka. Untuk itu Muhammad boleh meminta apa yang dikehendakinya. Kalau mahu wang akan diberi. kalau mahu kekuasaan akan diberi kekuasaan. Ia boleh memperlakukan mereka sekehendak hatinya.

Muhammad ibn Abdullah telah menang, ketika ia mengucapkan di telinga mereka dan di telinga zaman, perkataanya yang abadi, yang timbul dari sumber-sumber keimanan:

“Demi Allah, hai bapa saudaraku! Jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, denga maksud agar meninggalkan persoalan ini, saya tidak akan melakukannya, sampai Allah menjelaskannya atau saya hancur dalam melaksanakannya.” (Al-Hadith)

Ya Allah! Demikian hebatnya sampai menggoncang badan. Alangkah hebatnya gambaran alam semesta yang agung. Jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan dikiriku. Bayangkan seperti ini terambil hati nurani alam semesta itu sendiri, bukan dari khayalan seorang manusia. Gambaran seperti ini dalah gambaran yang ditimbulkan keimanan yang mutlak dari lubuk dasar perasaan.

Semenjak dari saat itu, Muhammad ibn Abdullah telah menang. Ia telah menggoncang perasaan Quraisy dengan goncangan yang menjadikannya tidak dapat tegak dengan kukuh kembali. Itulah keimanan, kekuatan yang tidak dapat dikalahkan oleh apa saja di atas bumi, bila ia kalau telah tertanam dalam perasaan seorang manusia.

Muhammad ibn Abdullah telah menang, ketika ia telah berhasil menjadikan para sahabatnya r.a gambaran hidup dari keimanannya. Ia telah menang semenjak dari hari dimana ia telah membentuk masing-masing sahabatnya itu menjadi sebuah Al-Quran yang berjalan di atas permukaan bumi. Ia telah menang mulai dari hari ia menjadikan setiap peribadi menjadi contoh yang melambangkan Islam. Orang melihat kepadanya dan orang melihat Islam itu sendiri.

Ucapan Ja’far bin Abi Tholib ketika berhujah di depan Raja Najasyi;

Tuanku! Sesungguhnya kami dahulunya adalah kaum yang berada dalam keadaan jahiliyyah. Kami menyembah berhala dan memakan bangkai. Kami melakukan perkara-perkara yang keji. Kami memutuskan hubungan silaturrahim. Selain itu kami juga berlaku buruk kepada jiran. Yang kuat di kalangan kami membaham golongan yang lemah. Begitulah keadaan kami sehinggalah Allah mengutuskan seorang Rasul daripada kalangan kami yang kami kenali nasab keturunan, kejujuran, amanah dan keluhurannya.

Beliau telah mengajak kami kepada Allah, mengesakan dan menyembahNya. Beliau juga menyeru kami membuang segala benda yang kami dan datuk nenek kami sembah selain Allah, yang berupa batu-batu dan berhala-berhala.

Beliau turut memerintahkan kami agar bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, berbuat baik kepada jiran, meninggalkan perkara-perkara keji, berkata dusta, memakan harta anak yatim dan menuduh wanita-wanita baik melakukan zina.

Selain itu, beliau juga memerintahkan kami mengesakan Allah dan tidak mengisytiharkan Nya dengan sesuatu, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan berpuasa pada bulan Ramadhan.

Dengan itu, kami telah mempercayainya. Kami telah beriman dengannya dan kami ikuti ajaran yang beliau bawa daripada Allah. Kami menghalalkan apa yang beliau halalkan kepada kami dan kami mengharamkan apa yang telah beliau haramkan kepada kami.

Betapa teringinnya diri merasai apa yang dirasai sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w..

Jauh sudah kita berjalan sahabat..

Atas nafas sebagai muslim..

Atas pengorbanan insan mulia bernama Muhammad..

Terima kasih Rasulullah s.a.w..

Tanpa Islam, kami tiada nilainya..

Fatwa Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi

FATWA PROF. DR. YUSUF AL-QARDHAWY (1) :

AGAR UMMAT ISLAM MEMBOIKOT SEMUA PRODUK AMERIKA KARENA DUKUNGAN NEGARA TERSEBUT KEPADA YAHUDI ISRAEL AL-QUDS MENURUT AQIDAH ISLAMIYYAH

barcodeboycott-israel-275x275

1. Kiblat Pertama Ummat Islam (QS 2/142-143) : Iaitu sejak perintah pertama shalat malam Isra’ Mi’raj th ke-10 bi’tsah, 3 th sblm Hijrah ke Madinah s/d 1 th 4 bln setelah Hijrah. Sehingga di Madinah masih terdapat masjid Qiblatain dimana kaum muslimin shalat Shubuh menghadap ke mesjid al-Aqsha lalu pada raka’at kedua menghadap ke masjid al-Haram.

2. Tanah Isra’ Mi’raj (QS 17/1) : Pemberangkatan ini bukan tanpa hikmah atau tujuan tertentu melainkan merupakan tadbir Ilahiyyah. Kalau tidak ada maksud tertentu, maka tentulah Allah langsung memerintahkan untuk mi’raj ke sidratul muntaha langsung dari masjid al-Haram.

3. Kota Ketiga Yg Dimuliakan : “Janganlah kalian berniat untuk bepergian kecuali ketiga mesjid : Masjid al-Haram, masjid al-Aqsha dan masjidku ini.” (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri ra.) Dalam hadits lainnya disebutkan : “Tanya para shahabat ra : Masjid manakah yang pertama kali dibangun dimuka bumi, Ya Rasulullah ? Jawab nabi SAW : Masjid al-Haram. Tanya Sahabat : Lalu mana lagi ? Jawabnya SAW : Masjid al-Aqsha.” (HR Muttafaq ‘alaih)

4. Bumi Para Nabi : Allah SWT dlm QS 17/1 menyebutkan ttg masjid al-Haram tapi tdk menyebutkan ttg “keberkahannya”, tetapi ketika menyebutkan ttg masjid al-Aqsha, DIA menyebutkan ttg “alladzi barakna haulahu”. Dan ayat ini menafsirkan QS 21/71 ttg tempatnya Ibrahim dan Luth; tempatnya Bani Israil setelah ditenggelamkannya Fir’aun pd QS 7/137; Negeri Saba’ pd QS 34/18; dan tempatnya Sulaiman pd akhirnya QS 21/81; tempat pengutusan Isa bin Maryam pd QS 95/1 (lih. al-Alusi, Ruh al-Ma’ani, 22/129; Ibnu Katsir, Tafsir al-Qasimi, 17/9196).

5. Bumi Jihad Kaum Muslimin di Akhir Zaman : Bhw tdk akan terjadi Kiamat sblm kaum muslimin memerangi Yahudi, sehingga batu dan pohon2 akan mengatakan kepada kaum muslimin dimana tempat persembunyian kaum Yahudi tsb, kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi. (HR Muttafaq ‘alaih dari Abu Hurairah)

TIDAK SAHNYA TUNTUTAN YAHUDI ATAS BUMI PALESTINA

1. Sejarah Pencarian Negara Yahudi : Theodore Hertzl pendiri gerakan Zionisme Internasional mulanya mengusulkan Mozambique sbg tempat akan didirikannya negara Israel Raya lalu Kongo. Max Nourdow mengusulkan Afrika, Chaim Weizman mengusulkan Uganda. Argentina juga diusulkan th 1897, Cyprus th 1901, Sinai th 1902. Lalu berdsr usulan Inggris Uganda dipilih lagi th 1903. Hertzl putus asa, sebab org2 Yahudi tdk tertarik, akhirnya ia membakar sentimen agama Yahudi dg mengkaitkan bbrp tempat suci Yahudi yg masih dikuasai ummat Islam di Palestina (tembok ratapan, Haikal Solomon, dll). Pendptnya diterima setahun stlh ia mati oleh Kongres Yahudi Internasional pd th 1905.

2. Batalnya Klaim Historis Mereka atas Palestina Berdsr Kitab Suci Mereka: Yg pertama membangun al-Quds adalah bangsa Yabus, setlh itu bangsa Kan’an s/d kedatangan Ibrahim as dg Sarah pd usia 75 th, saat Ibrahim berusia 100 th lahirlah Ishaq (Kejadian:12), ia wafat diusia 175 th tanpa memiliki tanah disana (Kejadian:23). Saat Ishaq 60 th lahirlah Ya’kub. Ishaq wafat diusia 147 th, lalu Ya’kub pindah ke Mesir dg anak cucunya 70 org, saat masuk Mesir usianya 130 th (Kejadian:46). Artinya masa Ibrahim s/d anak cucunya yg 230 th mereka tdk punya tnh disana. Lalu dlm Perjanjian Lama disebutkan bhw bani Israil tinggal di Mesir selama 430 th (Kejadian:15), lalu mereka dihukum tdk dpt masuk ke Palestina selama 40 th, sehingga selama 700 th mereka tdk pernah punya hak di Palestina. Setelah itu barulah mereka memasuki tnh tsb dan selama 200 th diperintah oleh hakim-hakim, lalu tibalah masa kejayaan mereka di Palestina selama 100 th (dimasa Syaul, Daud dan Sulaiman), lalu akhirnya mereka dihancurkan oleh Babylonia dan terusir. Kalau dlm masa 300 th itu mereka merasa berhak, maka Belanda lebih berhak atas Indonesia karena telah menjajah selama 350 th ! Demikian pula Inggris di India. Sementara bangsa Palestina telah tinggal disana selama 1400 th, manakah yg sebenarnya lebih berhak ?! Dari lama tinggal, maka Yahudi seharusnya mengakui Mesir sbg tempat tinggal mereka karena tlh mereka diami selama 430 th !

YAHUDI ADALAH MUSUH UMMAT ISLAM

1. Dlm al-Qur’an : QS 2/120, 2/74, 2/80, 2/96, 3/75, 3/181, 3/112, 5/13, 5/18, 8/56, 59/14, 7/171.

2. Sejarah : Sejarah tlh mencatat pengkhianatan dan kebiadaban mereka sepanjang masa, dari sejak kemaksiatan, peperangan & pengrusakan s/d pembunuhan thd nabi-nabi .

3. Tulisan-tulisan kontemporer : Diantaranya oleh Roger Geraudy (Mimpi Zionis dan bantahannya, Dongeng-dongeng Negara Israel), William Guy Carr (Yahudi Menggenggam Dunia), dll.

4. Fakta-fakta terakhir : Bgm pengkhianatan yg mereka lakukan thd perjanjian demi perjanjian baik disponsori oleh PBB maupun AS.

YAHUDI DAN AMERIKA

1. Israel takkan mampu dibangun tanpa bantuan AS dan Barat. Bantuan dana, senjata dan dukungan politis (berupa hak veto, dsb) terus saja diberikan AS tanpa syarat sedikitpun. AS tlh mengucurkan dana milyaran dolar untuk membantu Israel agar tetap dpt bertahan, bahkan baru-baru ini mengeluarkan 100 juta dollar untuk memindahkan kedubesnya dari Tel Aviv ke al-Quds (Jerusalem) yg berdsr keputusan PBB merupakan hak bangsa Palestina !

2. Bhw AS mampu membantu Israel demikian banyaknya adalah karena kekuatan ekonominya yg tersebar di negara-negara di seluruh dunia, yg sebagian besarnya berada di negara-negara Islam. Shg dg membeli produk2 apapun dg trademark AS, maka sama dengan memperkuat kemampuan AS untk mensuplai Yahudi Israel untuk membunuhi anak-anak dan remaj-remaja para mujahid kaum muslimin di Palestina.

3. Bhw boikot yg kita lakukan thd semua produk AS adalah salah satu bentuk langkah kita melemahkan Yahudi dan salah satu bentuk jihad kita membantu kaum muslimin di Palestina untuk membebaskan al-Aqsha kiblat pertama kita.

4. Bhw ayat al-Qur’an dan hadits-hadits shahih diatas telah jelas-jelas memerintahkan kita untuk membantu jihad di Palestina, sehingga tdk ada lagi keraguan ttg kewajiban seluruh ummat Islam untuk berjihad membantu bangsa Palestina dg apa saja yg mereka mampu.

5. Bhw wajib mengumumkan dg jelas kepada ummat Islam semua permasalahan ini, dan bhw al-Quds adalah milik ummat Islam bukan milik bangsa Palestina saja, sebagaimana Ka’bah di Makkah.

Wasiat ini saya tulis untuk seluruh muslimin, baik penguasanya, ulamanya, maupun semua masyarakatnya agar memahami dan mensikapi masalah ini dg jelas dan tegas. Sesungguhnya kebenaran senantiasa akan dimenangkan oleh Allah walaupun orang-orang kafir itu tdk menyukainya.

Wakana haqqan ‘alaina nashrul mu’minin.


(1) Dikutip dan disarikan dari Al-Quds Qadhiyyatu Kulli Muslim, Yusuf al-Qardhawi, Maktabah Wahbah, Cairo, Mesir.

Antara dua wanita

hasil bingkisan:ummuzaid

Antara Dua Wanita

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang teman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku hiburan serta pornografi. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini. Bagi wanita ‘bebas’ katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya. Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga serta kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

-Al mu’minah al Solehah-

Insan bernama Muhammad

Di balik kehidupan insan bernama Muhammad….

Kalau ada pakaian yang koyak,Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina Aisyah menceritakan:

“Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, Dan cepat-cepat kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar pada waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apapun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi pun bertanya,“Belum ada sarapan ya Humaira? (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina Aisyah yang bererti Wahai yang kemerah-merahan. Aisyah menjawab dengan agak serba salah,” Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Kalau begitu aku puasa saja hari ini.” Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Pernah baginda bersabda: “Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya. ”

Prihatin, sabar, dan tawadu’nya baginda sebagai ketua keluarga.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar r.a yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”“Tidak ya umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” . “Ya Rasulullah.. . mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekkan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”
Lalu baginda menjawab dengan lemah lembut,” Tidak para sahabatku. Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah orang tua yang penuh kudis, miskin, dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain ridanya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah s.a.w menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

Ketika pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Keadaan fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah,“Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin syurga?Mengapa engkau masih besusah payah begini?”
Jawab baginda dengan lunak,“Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba- Nya yang bersyukur.”

Rasulullah SAW bersabda:” Sampaikan pesanku walau sepotong ayat.”

Untuk renungan para pembaca:

Akhlak mulia Rasulullah SAW turut dikagumi oleh para pemikir dan sarjana Barat seperti Arthur Glyn Leonard. Sarjana barat ini menyatakan, “Untuk mengerti Muhammad atau jiwa Islam dengan sempurna, orang harus tahu lebih dahulu bahawa Muhammad bukan hanya pengembara biasa yang menghabiskan umur melainkan satu daripada orang yang paling setia, jujur dan sungguh-sungguh dari setiap masa dan zaman.” Manakala A.C. Bonquet di dalam Comparative Religion menyatakan bahawa, “Muhammad berhasil memajukan umatnya dan mengembangkan ke seluruh wilayah Timur Tengah idaman siasah dan sosial yang lebih luas, lebih segar dan lebih matang daripada Byzantine. Ia menjauhi kemewahan, ia hidup dengan prinsip hemat dan menjauhi ketamakan. Ia terkenal kerana tindakan-tindakannya yang sederhana. Ia melakukan tugas kemanusiaan dengan tangannya sendiri.”

Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak kerana apa yang baginda cakapkan , baginda laksanakan. Seluruh kandungan al-Quran itu ada pada diri baginda zahir dan batin. Sehingga isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin r.a. mengatakan Rasulullah adalah al-Quran yang berjalan.

Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.” (As-Saff:2-3)

Allah SWT sangat benci kepada seseorang yang pandai bercakap tetapi tidak melakukan perkara yang dicakapkan kerana sikap itu mempersia-siakan ilmu yang diperolehi. Rasulullah SAW membuktikan tentang praktikalnya Al-Quran sekali gus memberi contoh berkenaan cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan diikuti oleh para sahabat. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi Rasulullah dalam apa jua perkara yang baginda lakukan. Bahkan mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW. Setiap hukum-hakam Allah SWT yang disampaikan kepada mereka bukan sahaja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka sanggup memperjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup mereka. Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak kerana ia mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh.

Firman Allah SWT: “ Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi Allahlah yang menjinakkannya.” (Al-Anfal:63)