Perempuan Tak Boleh Keluar Rumah?!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt!

Tengah buat apa? Iman sihat? Alhamdulillah, kalau sihat.

Saya sebenarnnya ditugaskan untuk menulis di bawah tema ‘Hawa dan Keakhwatan’. Hmmm. Kalau sebut hawa, apa yang terlintas di fikiran akhwat sekalian?

Isteri Nabi Adam AS. Perempuan. Solehah. Sopan santun. Lemah lembut. Kahwin. Eh.

Nak share~ Pernah tak dengar hadis ni;

Daripada Ibnu Umar bahwasanya Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seorang wanita pergi (lebih dari) tiga hari kecuali bersamanya seorang mahram.”
(HR. Muslim)

Hadis shahih ni. Perempuan tak boleh keluar rumah. Tiga hari yang dimaksudkan tu, bukannya tiga hari menetap di sesuatu tempat, tapi tiga hari perjalanan unta. Unta boleh berjalan 44 kilometer sehari. Dua marhalah bersamaan dengan jarak dua hari perjalanan unta. Info tambahan 😉

So, kita tengah buat ape ni? Duduk berapa lama dah kat Jepun. Jauh pulak dari rumah. Belajar dah lah fardhu kifayah je, bukan macam haji- fardhu ain…

Sila jangan risau kalau anda menepati SEMUA syarat di bawah;

1) MINTA IZIN
Minta kebenaran keluar rumah daripada ibu bapa. Dan bagi yang sudah berkahwin, minta keizinan suami.

2) MENUTUP AURAT
Aurat wanita ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Menutup aurat menepati seperti yang ditetapkan syarak.

a. Menutupi seluruh tubuh (termasuklah rambut) kecuali wajah dan dua telapak tangan,
b. Tidak ketat hingga lekuk tubuh tidak terlihat,
c. Tidak tipis hingga warna kulit tidak terlihat,
d. Tidak menyerupai laki-laki,
e. Tidak berwarna terang hingga menarik perhatian orang,
f. Dipakai bukan maksud mempamerkan (riak),
g. Pakaian tidak bergambar makhluk dan tidak berunsur agama lain.

“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” 
(al-Ahzab : 59)

3) TIDAK BERTABARUJ
Tidak bersolek dan berdandan, tidak memakai perhiasan-perhiasan yang menarik, sehingga mengundang syahwat kaum lelaki, juga tidak memperlihatkan keindahan tubuhnya.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu.” (Al-Ahzab : 33)

Sebut pasal aurat dan tabaruj, kita tidak boleh tidak, wajib menjaga ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan). haa~ semua orang faham, kan?

4) UNTUK KEBAIKAN
Sebagai Muslim Perempuan yang Belajar, kita tengok apakah yang dikatakan ‘keluar rumah untuk kebaikan’. Menuntut ilmu juga termasuk dalam syarat ni. Tapi ada ‘term and condition’.

Cuba tanya balik diri kita. Kenapa kita belajar di Jepun? Belajar engineering semua ni. Boleh je duduk elok-elok manis-manis kat rumah, belajar memasak, menjahit.

Sebab saya nak anak-anak saya nanti hidup senang. Gaji double (gaji suami+gaji isteri) (*☻-☻*) makan sedap, rumah besar, kereta mewah. 

Eh. Orang dulu boleh je makan tanpa perlu belajar engineering.

Perempuan boleh menuntut ilmu kalau dia tak boleh dapat ilmu tu di rumah.

Ha. Sebab tu lah saya belajar. Sebab kat rumah tak de orang nak ajar engineering.

Lepas tu? Dah jadi engineer?

Ilmu itu hendaklah berguna untuk saham akhirat. Kerana akhirat itu lah kehidupan yang kekal.

Orang yang beriman lebih baik berilmu, daripada orang yang berilmu tanpa ada iman.

Kalau iman kita ‘cantik’, kita akan gunakan ilmu itu untuk ISLAM. Untuk menyaksikan kepada dunia bahawa ISLAM itu benar dan selain dari itu batil. Kalau orang yang berilmu tanpa iman, dia boleh menyumbang kepada kebatilan dan kezaliman.

Harus bagi perempuan  untuk keluar rumah untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah. Dan salah bagi perempuan kalau dia duduk di rumah sahaja tanpa menyumbang dalam kebangkitan ISLAM. Tengok saja Khadijah, Aisyah, Asma dan Sofiyyah!

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” 
(al-Nisa’ : 124)

Tak ada masalah untuk kita kaum hawa untuk keluar rumah selagi tidak menyalahi syarak dan tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah!

Hidup kita dalam lingkaran dakwah dan tarbiyah,
demi mencapai mardhotillah.
Menjalin ukhwah, memperkasa ummah.
Teruslah melangkah walaupun payah,
kerana syurga itu dijanjikan indah!

Allahualam.

p/s: so, masih sempat lagi ni nak betol kan niat, ‘kenapa saya belajar di jepun’. 

Err. Dan..

jangan liat nak pergi daurah dan jaulah! 🙂

Advertisements

Kuliah Baitul Muslim (20 Disember 2011)

Melangkah menuju syurga [sumber : Facebook Amir Kreatif]

.

Assalamualaikum.

.

Sesungguhnya Allah jua lah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, maka semoga
dengan izinNya hati-hati yang terpilih oleh Allah ini untuk menegakkan
kalimahNya di muka bumi, dapat bersama dalam mempersiapkan langkah untuk ke satu
misi menuju ke alam pernikahan.
.
“A journey of a thousand miles begins with a single step”
Semoga kita dalam rahmat dan redha Allah selalu..
.
Jadi untuk memantapkan lagi ilmu di dada, di samping memperkasakan iman di jiwa,
insyaAllah “Kursus BM Fasa 1” akan diadakan pada
.
Tarikh: 20 Disember 2011 (Selasa)
Masa: 9.00pm-11.00pm (waktu Malaysia)
Tempat: Hadapan laptop masing-masing
.
.

Sediakan paltalk-id dan minta moderator “nadiasakinah” untuk invite ke dalam
chatroom “Kuliah BM Fasa I”.

Setelah di’invite’, sila Save Room “Bersama Ummu Atifah” untuk memudahkan
urusan2 akan datang i.e. x perlu tunggu di’invite’ lagi, boleh terus masuk.
Caranya:
a) Untuk save, setelah diinvite, dalam tab Room “Kuliah BM Fasa I”, klik
Favorites >> Add this room to My Favorites
b) Untuk access semula Room, di bawah tab utama Paltalk, ada tertera Chat Rooms.
c) Pilih Favorite Rooms. Room “Kuliah BM Fasa I” akan ada di situ setelah
di’add’.
d) Klik dan anda sudah berada di dalam Room.

Sebarkan dan ajak rakan-rakan dan teman-teman yang lain untuk turut serta dalam
siri kuliah online ini, agar setiap orang mendapat keberkatan dan rahmat di sisi
Allah.

Dapatkan slide kuliah minggu ini di sini:

.

.

.
.
Every believer who loves and respects Allah and who strives to please Him,
enriches the world with goodness. Whoever loves Allah also loves His creations,
feels compassion and mercy for them, and wants to protect them by bringing more
goodness and beauty into the world. Allah’s messengers, the most excellent and
moral people in the world, always invited their people toward love and closeness
to each other and to Allah.
.
.
.

Anak yang hebat, perlukan ayah ibu yang hebat.

Tunggu apa lagi?

Mari siapkan ruhi dan jasadi.

Timba ilmu rumahtangga sebanyak yang termampu.

.

.

Jumpa di sana yaaaa~~~^^

dressing up

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Assalamuallaikum 🙂
it’s my first time posting here, so i’m kinda nervous, hehe.
so i’ll keep my first post short and simple.

When you’re living in a foreign country it’s natural to make observations regarding their culture, behavior, appearance, and fashion.
When i first came to Japan i was mesmerized by many things, including their fashion. The cuteness. The neatness. I tried to adapt, to “fit in”. my friends found their own fashion styles. I sometimes felt left behind. Sometimes i felt the pressure to look good and got lost in the misconception that i have to look good to feel good. Although this may be partly true…
And when i go back to Malaysia it seems i have to face the same thing. These new fashion styles and trends. Would it be okay if i followed them? That fashion style looks good, but why do i get the feeling that it’s not right? What’s with all these debates that women are being exploited?

But i realized that Islam has already made clear outlines on how to be fashionable, to look good and feel good. All that fuss and worrying i felt was completely unnecessary. And this outline is what i’m gonna share with you in this post.

In Islam, there are three purposes of clothing. Protection, beautification and modesty(decency). Which purpose do you think is the main priority?

In Islam, the 1st priority is modesty also meaning to have decency. The second priority is protection, and the last is beautification.
For me the concept of modesty was hard to grasp at first, but then i realized it was simple. It meant to cover the aurat (the guidelines for this is also clear, so i won’t be repeating it here)
Covering the aurat is a form of modesty. Modesty in this contents means humility. Meaning acknowledging that Allah is in charge of our lives. We have to acknowledge that when Allah gave us the specific outlines to cover up, He knows what’s best for us. There shouldn’t be any room for doubts when it comes to His commands. He created us, He knows what’s best for us. We can go on and on about what is good for a person, but in the end who can actually confirm that it is? But what we can confirm is that Allah knows us. Allah knows best. Follow His guidelines and everything will go well, insyaAllah.
Ok, honest confession. i was inspired to write this post from this video. It’s pretty long, but watching it will be time well spent, insyaAllah.

i like listening to Nouman Ali Khan. He explains things in way that makes you think, and not just accept. If you have the time to watch one of his previous videos, he actually went through quite a journey. From a Muslim, to an atheist, then back to become a Muslim. He started studying arabic and the Quran when he was 20 years old. And now he has the Quran truly engraved in his mind and heart.

Let’s strive for that.

So much for short and simple. Thanks for reading! 🙂

Kuliah Baitul Muslim (13 Disember 2011)

“]

Melangkah menuju syurga [sumber : Facebook Amir Kreatif]

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Dengan segala pujian hanya bagi Allah dan dengan izinNya, AMIR membawakan kepada anda kuliah online “Kuliah Baitul Muslim Fasa 1”

Hari: Selasa (13/12/2011)
Masa: 9.00pm-11.00pm (waktu Malaysia)
Tempat: Hadapan laptop masing-masing
Medium : paltalk

Arahan : Bagi pendengar dari negara Jepun, sediakan paltalk-id dan minta mod “kumagaya1987” untuk invite ke dalam chatroom “Bersama Ummu Atifah”.
Bagi pendengar negara lain, boleh minta moderator “nadiasakinah” untuk invite ke dalam chatroom “Kuliah BM Fasa I”.

Jom, peluang yg jarang boleh didapati! jumpa di paltalk insyaAllah.

Sebarkan dan ajak rakan-rakan dan teman-teman yang lain untuk turut serta dalam siri kuliah online ini, agar setiap orang mendapat keberkatan dan rahmat di sisi Allah.

*Setelah di’invite’, sila Save Room “Bersama Ummu Atifah” untuk memudahkan
urusan2 akan datang i.e. x perlu tunggu di’invite’ lagi, boleh terus masuk.
Caranya:
a) Untuk save, setelah diinvite, dalam tab Room “Kuliah BM Fasa I”, klik
Favorites >> Add this room to My Favorites
b) Untuk access semula Room, di bawah tab utama Paltalk, ada tertera Chat Rooms.
c) Pilih Favorite Rooms. Room “Kuliah BM Fasa I” akan ada di situ setelah
di’add’.
d) Klik dan anda sudah berada di dalam Room.

Maklumat lanjut, klik [Facebook Amir Kreatif]

Kuliah Baitul Muslim Fasa 1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Dengan segala pujian hanya bagi Allah dan dengan izinNya, AMIR membawakan kepada anda kuliah online khas dari kolumnis Dakwah.info. Nantikan pengisian setiap minggu drpd kolumnis “Tanya Ummu”. Beliau merupakan pakar rujuk dan kaunselor terutama sekali dalam bidang Baitul Muslim/Keluarga Islam di mana beliau sering menganjurkan seminar-seminar dan kuliah kepada semua lapisan masyarakat.

Selasa : Kuliah Baitul Muslim Fasa 1

dan

Rabu :Siri Modul Ketaqwaan Jundiy Menuju Allah

Masa: 9.00pm-11.00pm (waktu Malaysia)

Tempat: Hadapan laptop masing-masing

Medium : Paltalk

Arahan : Sediakan paltalk-id dan minta mod “kumagaya1987” untuk invite ke
dalam chatroom “Bersama Ummu Atifah”.

InsyaAllah, esok (6 disember) akan ada kuliah Baitul Muslim Fasa 1! jom, peluang yg jarang boleh didapati! jumpa di paltalk insyaAllah.

Sebarkan dan ajak rakan-rakan dan teman-teman yang lain untuk turut serta dalam siri kuliah online ini, agar setiap orang mendapat keberkatan dan rahmat di sisi Allah.

*keberadaan kuliah akan di update setiap minggu. Pastikan anda kunjungi page AMIR untuk mendapat update.

[sumber : facebook AMIR]

Ada Apa Dengan Akhwat?

Sebelum baca entri ini, mari kita lihat maksud istilah ‘akhwat’

Akhwat adalah kalimah bahasa arab yang merujuk kepada kaum wanita, perempuan dan muslimat yg ramai. Pendek kata, akhwat itu adalah wanita.

Sudah setahun lebih saya berada di jalan ini. Sudah setahun lebih juga lah saya merasai pahit manis jalan ini. Antara kenangan manis mungkin bila bertemu mereka yang sama ghuraba (asing) dengan saya. Bila bertemu akhwat itu sendiri. Mengimbau kembali kenangan semasa daurah, ramai akhwat yang telah saya ketemu. Namun, akhwat itu di mana saja kita temui, mereka semua nya sama. Sama yang saya maksudkan di sini, bukannya mereka tiada keistimewaan masing-masing. Ah, senang cerita, akhwat itu sama seperti hadis di bawah

”Ciri-ciri Muslim itu, apabila dia melihat kamu, maka dia mendekat kepadamu, kemudian dia menyegerakan salam. Lalu kau lihat tampak pada wajahnya selalu tersenyum. Lalu, dia akan lebih awal menhulurkan tangannya untuk bersalaman. Kalau kau dekat dengan dia, kau mencium wanginya. Kalau kau bicara dengan dia perhatikan baik-baik, pasti dia mengajakmu selamat dunia akhirat. Mahu berbicara tentang apa saja, pada akhirnya mengajak kamu selamat di akhirat. Kalau berurusan dengannya, dia permudah. Itulah ciri-ciri peribadi Muslim.”

(Muttafaq ‘Alaih)

Ha! Itulah ciri-ciri akhwat yang saya maksudkan. Langsung tidak berkira dalam banyak hal. Mereka sangat suka menolong kerana mereka bukan lakukan kerana kita ni comel tapi mereka lakukan kerana Allah. Syahwat mereka adalah syurga. Tapi, saya perasan satu lagi sifat akhwat yang selalu saya temui. Mereka itu sangat pemalu. Pemalu di sini, bukannya mereka tidak bergaul dengan orang lain, juga bukannya bercakap perlahan seperti berbisik, malah bukannya malu tidak bertempat. Malu yang dimaksudkan adalah mereka ini sangat menjaga diri mereka. Mereka amat tahu batas-batas seorang akhwat. Mereka amat malu mendedahkan diri mereka walaupun menjadi penghias profile picture di laman sosial. Itulah akhwat.

Hampir setiap hari saya layari laman facebook (kantoi). Namun, hampir setiap hari juga saya lihat gambar akhwat tersebar merata di-upload tanpa batasan. Saya tidak mengatakan upload gambar itu salah. Tapi, mungkin perlu slow down. Akhwat itu kan punyai sifat malu. Keindahan diri hanya untuk suaminya yang halal. Pendek kata, seperti bidadari syurga yang disebutkan dalam surah ar-Rahman

“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan (sopan dan pemalu) yang tidak pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelumnya”

(ar-Rahman 55:56)

Akhwat itu malunya seperti bidadari syurga. Sebut saja bidadari mesti cantik. Malah, keindahan bidadari syurga tidak tergambar. Mungkin semua orang jeles nak jadi macam ainul mardhiah yang kecantikannya tersebar luas di kalangan perindu syurga. Tetapi ini bukan bermakna bidadari itu lebih baik dari akhwat di dunia, penghuni syurga kerana

“Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

(HR. Bukhari dan Muslim) 

Kesimpulannya, jika kita adalah dari kalangan penghuni syurga (amin..), kita lebih baik dari seorang bidadari!  Dan seorang penghuni syurga itu sudah tentu punyai malu. Nak jadi penghuni syurga tak? Saya nak!

image by andry wasabi (Deviantart)

pesanan dari Rasulullah s.a.w

Rasulullah pernah melewati seorang laki-laki dari golongan Anshar yang sedang menasehati saudaranya dalam masalah ‘sifat malu’, beliau bersabda; Tinggalkan dia, sesungguhnya sifat malu itu sebagian dari iman”.

(HR.Bukhari)