Ijazah?

bismillahirrahmannirahim~

Allah,Engkaulah Tuhan yang Maha Kuasa,Maha Pengasih,Maha Penyayang.

Dan Kami lah hambamu yang kerdil lagi hina,menyinggah menumpang diduniaMu ini YaAllah.

Hidupnya kita didunia pada hari ini,adalah dengan kuasa Allah.Dialah tuhan yang menciptakan dan mematikan makhluk-makhluk Nya pada masa yang ditetapkan.Diberi kelapangan rezeki yang melimpah-limpah,diberi segala nikmat yang tidak terhitung nilainya,namun kita sebagai manusia,sebagai hamba kepada Allah,adakah kita mensyukuri dengan nikmat pemberianNya? Astaghfirullah.

Terciptanya kita dimuka bumi ini,denganlah hanya dua tujuan.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,”Aku hendak menjadikan khalifah dibumi” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah disana.sedangkan kami memujiMu dan menyucikanMu?” Dia berfiman.” Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.(Al-Baqarah,2:30)

Aku tidak menciptakan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku(Az-Zariyat,51:56)

Dua tujuan : Ibadah dan juga melaksanakan tugas khalifah di muka bumi Allah ..!

Adakah kita sebagai hamba yang patuh kepada perintah Nya? Adakah kita sedang melaksanakan kedua-dua nya?

Mengajak sesama manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran bukanlah sesuatu yang senang, dan diakui.Allah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang melakukan dakwah itu, tidak mengira siapapun mereka.

DAKWAH. Perkataan yang sering dan senang disebut tetapi memerlukan mudahajah yang tinggi untuk terus beristiqamah.Memerlukan himmah atau semangat yang tinggi untuk terus berada di landasan dakwah yang betul. Tiada tarik tali,tiada pilihan untuk tidak melakukan sekiranya Islam sebagai Ustaziatul Alam tidak direalisasikan!

Dalam keadaan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar,tidak kira la jurusan apa yang kita pelajari, hukumnya wajib untuk kita melaksanakan dakwah. Sebagai contoh, untuk apa sebenar kita dihantar ke Jepun? Ya, secara logiknya adalah untuk menggapai segulung ijazah. Siapa yang menghantar kita ke Jepun untuk menggapai segulung ijazah? JPA? mak ayah?

Tidak! Allah yang menghantar kamu ke sini untuk menggapai segulung ijazah, dan UNTUK KAMU MENYAMPAIKAN WALAU SATU AYAT!Sekurag-kurangnya apabila Allah bertanya kepada kita kelak,Apakah yang telah kamu buat didunia? Maka,kita dengan senang hati nya boleh menjawab, aku telah menyampaikan risalah perintahMU,YaAllah.. indah bukan?:)

Biarlah perit di dunia untuk agama Allah,biarlah sekalipun pengorbanan demi pengorbanan harus dibuat demi tertegaknya agama Allah, yakin dan percayalah dengan janji Allah yang akan mengurniakan kita SYURGA yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang disanalah kita akan merasai kesenangan yang kekal,insyaAllah:)

Advertisements

SURAT SEORANG RIJAL TANPA HATI

Image

 Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

 Waalaikumussalam wbth

 *****

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguhsungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman;

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna .

Antara Takdir dan Tarbiyah

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

muttafaqun’alaih

Hadis di atas berkisar tentang tahap penciptaan manusia dan garis takdirnya. Semasa umur kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah menetapkan 4 perkara bagi kita;

  1. rezeki (makanan, biasiswa, jodoh)
  2. ajal maut (bila kita meninggal)
  3. amalan (apa yang kita kerjakan)
  4. akhir hidup (syurga atau neraka)

Berdasarkan hadis ini, terbukti bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia ini, berlaku pada diri kita, keluarga kita atau sesiapa sahaja, bukan satu kebetulan tetapi satu takdir yang telah Allah tetapkan semasa kita masih di dalam rahim ibu.

Dulu, saya pernah konfius “Kalau Allah dah tetapkan kita masuk syurga atau neraka, tak guna lah kita beramal kan, sebab Allah dah tentukan semuanya”. Woot! tunggu dulu, kita kan tahu Allah itu tidak pernah menzalimi kita, tetapi kita sendiri yang selalu menzalimi diri kita.

Mari saya kongsikan apa yang saya faham.

Takdir terbahagi kepada 2 iaitu

  1. Allah tetapkan dengan kehendakNya (rezeki, ajal)
  2. Allah tetapkan dengan ilmuNya yang Maha Luas (amalan, akhir hidup)

Segala rezeki yang kita dapat kat dunia ini Allah tentukan dengan kehendaknya, termasuk kita dapat penajaan ke oversea, kita makan apa hari ni, kita kahwin dengan siapa nanti, semua itu telah ditetapkan dengan kehendakNya.

Tetapi, ada dua perkara yang Allah tetapkan bukan dengan kehendakNya iaitu amalan kita di dunia, dan pengakhiran hidup kita sama ada syurga atau neraka. Contohnya, jika kita tak study untuk exam, itu bukan Allah dah tetapkan, tetapi sebaliknya pilihan kita. Allah cuma menulisnya dengan ilmuNya yang Maha Luas bahawa ‘si polan ini tak study untuk exam‘ kerana Dia tahu kita akan berbuat demikian. Maka, jika kita berbuat dosa, itu bukannya kehendak Allah, tetapi atas pilihan kita sendiri dan akhir hidup kita (syurga/ neraka) juga berdasarkan pilihan kita juga bukan?

Tetapi, Dia tidak pernah zalim.

“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

(as-syams 91:8~10)

Sesungguhnya, Dia akan mengilhamkan kepada kita jalan kejahatan dan juga jalan ketaqwaan, tetapi kita yang memilihnya.

Jadi, apa kaitan takdir dengan tarbiyah?

Semua tarbiyah yang datang pada kita itu adalah ditentukan oleh Allah, kerana Dia tidak akan menghukum seorang yang tidak pernah tahu melainkan telah diberitahu. Samalah juga dengan kaum terdahulu, mereka telah didatangkan nabi/rasul untuk memimpin mereka, mengajak kepada kebaikan, tetapi ada di antara meraka yang beriman dan ada juga yang memilih untuk menolak kebenaran. Maka, setelah didakwah habis-habisan oleh utusan Allah, mereka masih menolak, natijahnya adalah azab dari langit!

Ketahuilah bahawa, ‘tarbiyah is in the air’, bagi mereka yang sedang mencari atau masih mencari teruskan berdoa, supaya Allah menunjukkannya pada kita, dan supaya hati kita dicondongkan ke arah jalan ke syurga.

Mereka yang sedang melakukan amalan ahli syurga yang banyak, jangan pernah merasa cukup dan jangan pernah merasa yakin akan dapat ke syurga sebaliknya teruskan beramal keranaNya.

Mereka yang sedang melakukan dosa, jangan putus asa dengan rahmat Allah, carilah hidayah Allah itu, cari sampai mati, kerana Dia tidak pernah zalim.

Tarbiyah is in the air, terpulang kepada kita, untuk memeluknya erat, atau membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.

p/s: maaf salah silap, mohon teguran.

Aku dan Tarbiyyah

Bila bercakap mengenai tarbiyyah, ramai yang pasti menitiskan air mata..Jalan2 tarbiyyah yang di lalui selama ini penuh dengan titisan air mata jernih..bukan kerana kita menyesal atau sedih memilih jalan ini, tetapi tangisan kita kerana banyaknya dosa-dosa lampau yang pasti takkan terhapus sekiranya tiada keampunan dari Illahi..menangisnya kita kerana bersyukur, Allah masih memilih diri kita ini walaupun kita sebelum ini belum tentu cukup solatnya,belum tentu baik akidahnya dan lebih teruk lagi, kita yang selama ini sering melupakanNya..

Jalan tarbiyyah kita, setiap orang pasti berbeza..cerita kehidupan kita pasti sahaja tidak sama walaupun seerat mana sekalipun persahabatan kita..tapi hakikatnya, cerita kita tak banyak beza..walaupun jalannya bermacam-macam, tetapi matlamatnya tetap sama..cerita aku dan kamu, telah tertulis sejak di alam roh lagi..

Aku juga seperti kamu..Aku dilahirkan dalam islam..Cuma kehidupanku sebelum ini, belum tentu boleh aku katakan sebagai islam..Aku malu pada diri sendiri..Aku malu pada Allah..malu kerana selama ini aku berasa gah berjalan di atas bumi Allah tanpa aku sedari aku ini sebenarnya tiada apa-apa..semuanya kurniaan dari Allah..kudratku, jasadku, hatiku, asalnya semua milik Illahi..

Dan pabila tarbiyyah ditiup kedalam hatiku ini, aku tersedar..aku menangis seolah-olah tangisan ini tidak mahu berhenti..Aku mula mengubah penampilanku..mengubah cara pergaulanku..Betapa aku selama ini memandang remeh terhadap diriku sendiri..betapa aku selama ini tidak sedikit pun menyayangi diriku sendiri..kerana sekiranya aku menyayangi diriku, aku pasti melakukan sebaiknya untuk kembali menghadap Illahi kelak..

Aku tetap juga jatuh walaupun diri ini telah ditarbiyyah..tetapi aku sedar, jatuhnya aku kerana Allah ingin aku bangun kembali..jatuh tidak bermakna aku tewas..tanpa jatuh, aku tidak mungkin bangun..itu juga tarbiyyah..Allah ingin menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNya..dan sampai suatu tahap, Allah datangkan ujian yang pada aku, sukar untuk aku tepis..aku menangis kerana takut..takut sekiranya dimurkai Illahi..aku takut kerana aku tahu salah tetapi aku tidak mampu menghadapinya..akhirnya, aku berserah kepadaNya..aku tinggalkannya bersama tangisan..kerana aku yakin janji Allah itu pasti..kini, Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik..Alhamdulillah..

Allah..tarbiyyah itu banyak sangat..mengajar kita erti kehidupan..erti persahabatan..erti kasih sayang..tarbiyyah itu mendidik akidah kita..membentuk dan merawat hati kita yang fitrahnya memerlukan Illahi..betul..tarbiyyah itu bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah..berlapang dada lah dalam menerima segala tarbiyyah dalam hidup kita..salah satu ujian yang akan melanda kita adalah ujian ukhuwah..berlapang dada lah pabila saat itu hadir..ujian ukhuwah itu adalah tarbiyyah dari Allah..

Wahai ukhti,

Tarbiyyah itu ibarat ubat,

Pahit tapi demi merawat kelukaan,

Kita harus telannya,

Dikala kita kesakitan,

Kita sangat memerlukan tarbiyyah,

Supaya lompong2 hati ini kembali terisi..

 Maka ukhti,

Berlapang dada dengan segala jenis tarbiyyah yang bakal mendatang,

Jalan ini panjang dan payah,

Ikhlaskan hati,

Yakinlah dengan janji Illahi,

Kerana yang pasti,

Kamu tidak sendirian ya ukhti,

Aku juga seperti kamu, melangkah dijalan ini…

Perihal Tarbiyyah di senarai kemudian

Salam…
.
.
Ke hadapan umat manusia di akhir zaman
Mari kita menuju Tuhan
Tengok kiri toleh kanan
Umat tenat dalam kelemasan
.
.
Betapa banyak jiwa yang melaungkan
Tarbiyyah itu jalan penyelesaian
Tapi masih malas dan suka beralasan
Hal sendiri masih diutamakan
.
.
Perihal Tarbiyyah di senarai kemudian
Cerita Dakwah di hujung kepedulian
Lupa agaknya di Sana nanti bakal dipersoalkan
Apa pula jawapan berhujah dengan Tuhan?
.
.

Di saat kita mengakui nikmat Tuhan, di ketika itulah terbukanya pintu kebenaran.

 [sumber foto]

.
.
***
.
.
Buat penyeri hati tatkala membaca bacaan ini, ayuh saya selitkan secebis peingatan daripada seseorang (baca : sumber asal tak dapat dikenal pasti), melalui emel yang menghubung perkhabaran.
.
.
Barisan ayat-ayat santai yang menyentap rasa.
Jemput baca bagi yang teruja…^^
.
.
***
.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan..
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
yang cepat mengalah,yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting’ yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan.

.

Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. 
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. 
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. 
Berbahagialah seadanya.
.
 ***
.
.
Salam sayang dari perantauan
Doakan kami, akhwat di Bumi Tsunami
Berhempas pulas mencari bekalan
Buat berbakti di tanah sendiri
.
.
Umat yang sedang tenat,
Masih mahu hanya melihat?
.
.
We may choose.
.
.
Tata~~~^^

Muharram dan kita

بِسْمِ اٌللهِ اٌلرَّ حْمَٰنِ اٌلرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt…

Pejam celik, pejam celik, tibanya 1 muharram seperti juga tahun2 sebelum ini…Hari dimana, ianya menjadi permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Islam.. Walaupun ianya tidak disambut dengan kiraan detik2 akhir bersama-sama dengan percikan bunga api, cukupkah ia dirai dengan hanya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun yang kerap kali kita lakukan saban tahun???

Mengenang kembali kira-kira 1300tahun yang lalu, Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat berhijrah ke Madinah setelah mengalami tekanan yang sangat kuat daripada kafir Quraisy Mekah.. Walaupun penghijrahan ke Madinah menuntut mereka meninggalkan sanak-saudara, meninggalkan sumber pendapatan yang sedia ada di Mekah, tetapi dengan keyakinan dan keimanan yang kuat terhadap Allah SWT bersama-sama dengan janji Baginda SAW, membuatkan mereka tekad untuk berhijrah..

Sekaligus, penghijrahan ini membuktikan bahawa ianya bukan hanya sekadar penghijrahan “tempat”.. tetapi juga penghijrahan dari segi jiwa mereka..

Dan begitu jugalah seharusnya kita..kedatangan 1 Muharram saban tahun bukanlah sekadar penghijrahan dari kalendar ke kalendar, tetapi sepatutnya menjadi penghijrahan jiwa untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya…Jika sebelum ini, kite meraikan 1 muharam dengan bacaan doa, mungkin pada tahun ini bersama-sama dengan bacaan doa tersebut kita hayati makna di sebalik doa itu.. muhasabah kembali apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya, bersama-sama dengan satu tekad untuk berhijrah ke arah penyucian jiwa yang lebih baik..insyaAllah…

Beberapa hari sebelum 1 Muharram baru-baru ini, warga Malaysia begitu “kecoh” dengan perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia yang menentukan kedudukan pingat emas di Sukan Sea. Kehangatan perlawanan pada waktu itu telah “berjaya” menenggelamkan peristiwa dimana 2 orang dari kalangan penyokong Indonesia didapati maut akibat terperangkap dalam kesesakan penyokong yang berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Walaupun semua penyokong yang berada di dalam stadium berkenaan datang dengan niat untuk menonton perlawanan tersebut, tetapi sedarkah kita, bahawa malaikat Izrail “masih” menjalankan tugasnya??

Mengambil perlawanan bola ini sebagai contoh, disebalik sorakan “gol” yang kita teriakan, sedarkah kita malaikat Izrail sedang melihat kita?? Disebalik kegembiraan atas kejuaraan skuad Harimau Muda menjuarai perlawanan, sedarkah kita bahawa malaikat Izrail sedang melihat kita?? Jika nyawa kita ditarik disaat kita lalai akanNya, adakah masih sempat untuk kita membetulkannya??

Oleh itu, sempena dengan tahun baru ini, marilah sama2 kita bermuhasabah jiwa kita dan cuba membetulkannya sebelum terlewat.. Semoga setiap apa yang kita lakukan adalah dengan niat kerana Allah taala agar setiap detik dalam hidup kita adalah ibadah kepadaNya…semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya…amin..

Salam Maal Hijrah dari kami warga ICK 🙂

Ujian

Setiap jiwa yang mengaku beriman itu pasti akan diuji, sunnatullah itu tetap akan hadir.
 Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, [Al-baqarah 2: 155]
.
.
.

Ujian itu adalah tanda Allah masih ‘nampak’ dan peduli pada kita.
Lagi berat ujian yang ditimpakanNya, lagi sayang Dia pada kita.
Maka bergembiralah bagi mereka yang bersabar atas ujian yang menimpa.
.
Bersabar itu sememangnya payah. Iyalah kan, andai melaksana semudah bicara, tidaklah kesabaran dibayar syurga. Semoga janjiNya tentang syurga itu bisa membantu kita untuk terus sabar dan tabah menghadapi segala rasa yang seakan membeban di bahu.
.
.
Kita sepatutnya berasa risau andai kita tidak diberi ujian dalam kehidupan ini.
Malangnya andai segala nikmat yang hadir itu bukan kerana kasih dan sayangNya, tapi hanyalah sebagai istidraj (nikmat yang diberi untuk menjauhkan lagi kita daripada Allah).
Mari bersyukur kerana Allah masih ‘nampak’ dan peduli pada kita.
.
.
Ada orang pernah berpesan kepada saya :
Berdoalah agar diberi kekuatan untuk menghadapi ujian hidup (iman, ukhwah, keluarga, kewangan, study, dll), bukannya supaya Allah menghilangkan ujian daripada kita. “
.
.
Wallahu ‘alam.
Semoga kita tidak diuji melebihi daripada kemampuan kita.
.
.
Bukankah dengan ujian kepayahan itu, doanya kita makin laju menerjah ke langit?
Bukankah dengan ujian kesulitan itu, solatnya kita makin khusyuk mencari tenang?
Bukankah dengan ujian yang memberat itu, pengharapan kita semakin kuat kepada Dia?
.
.
Allah yang menciptakan kita. Dia tahu apa keperluan kita. Kerana itulah, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
.
.
Mari bersangka baik dengan Allah.
Ujian itu suatu tarbiyyah daripada Allah.
Ujian itu tanda kita masih ‘ada’ di ‘mata’Nya.
.
.
.
Lihat ke langit, mentari itu masih menyinar, walaupun di waktu malam, masih tabah meminjamkan cahaya nya kepada sang rembulan. ^^