SURAT SEORANG RIJAL TANPA HATI

Image

 Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

 Waalaikumussalam wbth

 *****

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguhsungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman;

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna .

Dimana Nilai Ukhwah Andai……..

Kata orang hidup ini ibarat roda, kadang di atas kadang kita dibawah. Mendengar tentang hidup dan roda, teringat saya pada satu lirik indah lagu nyanyian penyanyi Amar bertajuk Melodi Bersama;

” kiasan hidup ibarat roda

kekadang di atas, dibawah di atas semula

redha dan syukur atas kehendaknya

itulah tanda kasih sayang kita.”

Sebut tentang kehidupan, banyak jawapan tentang kehidupan ini. Ada yang kata kehidupan ini menyeronokkan. Ada yang kata kehidupan ini cukup menyedihkan, tidak kurang yang kata kehidupan ini sungguh menarik berselang seli gembira dna sedihnya.

Continue reading

Melebar tarbiyyah di Raudhah Shurakah — kini 2100pm

Raudhah Shurakah.

Pernah dengar ke?

Kami masih seperti dahulu.

Cuma tampil menambah pesona dengan perubahan waktu daripada

2030pm —> 2100pm

2 minggu sekali .

Ayuh bersama membasah jiwa di taman syurga Raudhah Shurakah.

Maklumat lanjut penuh informasi,

[klik]

— eerrr…  abaikan catatan 830pm yang tercatat di poster lama—

Ini dia poster baru wow!

Raudhah Shurakah kini tampil 2 minggu sekali, pada jam 2100pm.

.

.

.

.

.

Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis Ilmu.
(HR Thabrani)

Waaah teruja.

Seronoknya berganda.

Ayyyuh!

[Sambil mata bercahaya bersinar-sinar]

KILAT menyambar di tanah air.

.

.

.

Awak oh awak.

Waktu natsuyasumi iaitu cuti sekolah hati girang gembira,

awak pulang ke tanah air kampung halaman terchenta ke ?

Nanti di tanah air, awak ada rancangan mega hebat seronok belaka kah?

Atau pun sedang berkira-kira mahu menghabiskan setiap detik masa yang melaju pergi itu dengan golek-golek di rumahmu syurgamu?

Atau mungkinkah awak belum merancang sebarang aktiviti yang indah nian menusuk sukma?

Awak oh awak.

Saya ada plan sesuatu yang baek punya~~~ hihi.

Untuk kita-kita lah.

Nak tak kalau saya ajak awak untuk berinteraksi pesona bahagia di sebuah program super duper best fuyyo di Malaysia nanti?

Nanti kan, akan kumpul ramai-ramai bergiat aktif lagi teruja dengan kawan-kawan dari kampung sebelah-menyebelah  negara bumi sakura yang dah tak bersakura (sekarang kan musim panas, huuuu~~~),  tak lain tak bukan kawan-kawan dari China dan Korea. Wow!

Kumpul ramai-ramai di Malaysia tanah tumpah darahku dan darahmu, tapi dengan kawan-kawan dari China dan Korea.

Eh, terujanya!

Errr…

klik ajelah awak.

[KILAT]

=)

(=

Jumpa di sana okeh.

Jom ajak kawan-kawan jiran tetangga sahabat handai menerjah ke sana.

.

.

.

psssttt :  Untuk awak-awak yang tak pulang ke tanah air, jangan merajuk okeh.  Nantikan kemunculan PETIR  yang tak kurang bergaya nya… woha!

pssssttt : Sama ada KILAT mahupun PETIR , manusia pasti silau dek pancar cahaya,  gerun dek dentum bunyi  nya. Lalu kita dengan penuh bergaya lagi teruja menerjahnya. Hebat lagi manis bukan? Hikhik. Jumpa di sanaaaa~~~ ^^

begitulah cinta

 

1.

bismillah.

my dear sisters,
terima kasih untuk salam mula hubungan yang menceriakan.

langkah kita baru langkah pemula.
perjalanan kita masih jauh tak terjangka.

kerna nanti dipertengahan jalan mungkin kita di uji.

akan menangis,
akan menyalahkan,
dari sini kita belajar meredhakan.

kumpulkanlah bekal gembira dan ikhlas pemulamu.
kerna ia berguna untuk masa kusut dan lelahmu

2.
bismillah.

begitulah bagi yang bercinta.
pasti akan terasa,
terluka.

tanpa khilaf,
takkan wujud maaf.

tiada apa yang sempurna,
kerna kita sebahagian yang bakal melengkapkan.

redha meredhailah,
berlapang dadalah,
bersangka baiklah.

dengan itu kepuasan kan menghampar seluasnya.

kesa lah airmatamu.
cukup untuk menjadi penguat.
kerna kita perlu segera siap.

jahiliyyah itu arusnya kuat.
Langkah demi langkah, kita mungkin akan melalui fasa-fasa ini.
Moga tidak mengalah, letakkan Allah setingginya. InsyaAllah kau akan dapati redhaNya, bukan pada yang lain.

Charity Bazaar — bukan sekadar bazaar

bismillahi arrahman arrahim…
.
.

Adakah anda…

1) merindui suasana seakan pasar malam di bumi sakura?

2) mengidam pelbagai jenis makanan halal di bumi sakura?

3) selain makanan Malaysia, pernah merasai kelazatan makanan
dari Timur Tengah, Indonesia, China, Pakistan, Turki, Bangladesh, dll?

(juga Malaysia bumi tercinta..)                =)

.

.


Adakah anda juga…

 

1) mencari buku2 islamik?

2) mencari barangan2 halal?

3) mencari pakaian2 muslimah?

.

.

 

gembirakah anda jika…

1) berpeluang menyertai Tokyo Camii Tour?

—->(トルコ様式の美しい建物をガイドとともに巡ります)

2) berpeluang mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada kanak2?

.

.

Tahukah anda tentang kepelbagaian kebudayaan islam

dari pelbagai negara seperti…

 

1) Turkish Marbling?

2) pakaian2 etnik dari kawasan seperti Timur Tengah?

(nota: boleh cuba try test pakai …)

3) Henna?
—>(手に美しいアート)

.

.

 

(=

=)

 

NAH!!!


segala di atas, ada di sini.

 

-Charity Bazaar-

-Fundraiser for the local Muslim families facing financial difficulties-

tarikh : 5 Disember 2010 (Ahad)

waktu : 10:00~16:00

tempat : Tokyo Camii (東京ジャーミイ)


[juga dikenali sebagai –> Masjid Yoyogi]

=)

(=

 

[klik untuk pembesaran imej]

[juga klik untuk pembesaran imej]

***perincian tempat***

[klik imej di atas untuk peta—bawah kanan imej]

 

東京都渋谷区大山町1-19

営団地下鉄千代田線

小田急線

代々木-上原駅

徒歩 4 分

iaitu…

1-19 Oyama-cho Shibuya-ku, Tokyo
Chiyoda line & Odakyu line
Yoyogi-uehara station
4min berjalan kaki

***

maklumat lanjut, klik sini-> charity bazaar

pertanyaan lanjut, tanya sini -> tmn-2004@mail.goo.ne.jp      (in english)

***

memo…

—> juga dijual makanan Malaysia. waaaaaaaaaaaaaahhhh…  ~~~~~

—> ajak kawan2 yuuukkk… saudara seislam, kenalan non-muslim, sesiapa sahaja…

***

notakaki : terus meluru menuju yang Satu

notakakilagi : takkan merugi mencari Ilahi

K . I . L . A . T

Kehangatannya mula terasa!

Perhimpunan terbesar yang bakal mengumpulkan pelajar seluruh

JEPUN

KOREA

CHINA

hanya di

KURSUS INTENSIF LINGKARAN ASIA TIMUR

(KILAT)


“…from ZERO to HERO

bila ianya menggugah hati dan naluri anda!

kenali teman2 selingkaran kita di asia timur

rasai kehangatan persaudaraan sesama kita…

dan bersama kita menggegar dunia!

kerana kita adalah WIRA SEBENAR! … “

untuk maklumat lanjut…klik disini ...

jumpa disana!

ありがとうございます

감사합니다

謝謝