Kebiasaan

Bismillahirrahmanirrahiim,

Semalam saya berjalan pulang usai selesai urusan sosialisasi dengan kouhai-kouhai saya.
Pulang pada hari semakin menjengah senja, dengan langkah yang diperlahan secara sengaja.

Jalan yang saya redahi selama 3 tahun ini, membawa saya berfikir sesuatu perkara.

Tentang kebiasaan.

Dalam kehidupan seseorang manusia itu, saya kira terlalu banyak hal yang menjadi kebiasaan.
Kadang-kadang perkara yang kita suka itu pun akan menjadi tidak seronok jika ianya sudah menjadi kebiasaan.

Sama seperti habit yang buruk.
Sekali mungkin, pelik. Namun, bahasa badan kita akan menerimanya dengan hati terbuka jika sudah berulang kali dilakukan.

Atas alasan, kebiasaan.

Hati saya sedang berfilosofi.
Kebiasaan itu tidak sepatutnya ada dalam hidup manusia.

Bila sesuatu perkara yang kita lakukan itu menjadi kebiasaan, bermakna ianya akan menjadi rutin.

Bila sesuatu perkara menjadi kebiasaan, ianya akan dilakukan dengan tidak sengaja atau tanpa sedar.

Bila sesuatu perkara dilakukan secara tanpa sedar, di mana letak niatnya?
Bila tiada niat, bolehkah sesuatu itu di nobatkan sebagai ibadah?
Bila sesuatu perkara itu tidak diambil kira sebagai ibadah, jadinya apa??

Lalu si rafiqah saya yang seorang ini bertanya;
” Habis tu, nak basuh pinggan pun kena niat dulu la? Sebelum nak basuh tu kena tahu kenapa mahu basuh, pasang niat dan sebagainya…”

Mungkin pada kita ianya sangat remeh. Tetapi saya rasa, betapa banyak masa dalam usia saya ini hanyalah dipenuhi dengan perkara kebiasaan. Cuba kita bayangkan seseorang yang ingin melakukan sesuatu itu, ambil masa beberapa saat dan berniat dan berfikir sesuatu tentang apa yang akan ataupun sedang dia lakukan. Tidak kelihatan seka-seka dan pastinya kelihatan tenang dan cool..!

Lalu timbullah dalam kepala saya, perkataan 青春のうちに (seishun no uchini)
Maksudnya, “sementara masih muda belia”

Disebabkan dalam kehidupan kita dipenuhi dengan perkara-perkara kebiasaan, hingga kita terlepas dan mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan yang kita sedang menzalimi diri.
Tenggelam dalam kebiasaan, hingga kita tidak memikirkan apa keistimewaan yang ada pada diri kita, potensi yang boleh digilap, dan sebagainya.

Jangan tipu jika saya katakan kita pun tidak sedar dan tidak pernah bertanya kepada diri untuk apa kita belajar selama ini?
Belajar kerana semua orang perlu belajar, dan mungkin sekadar melepaskan tanggungjawab selepas mendapat habuan biasiswa setiap bulan.

Tapi kita tahu tak, belajar itu untuk memanfaatkannya?
Jika tidak meniatkan untuk memanfaatkan dan ilmu yang kita pelajari itu tidak mampu memberi manfaat kepada kita, saya berani katakan ..

” Sila berhenti belajar! ”

Tetapi bukan untuk tutup buku, bungkus barang dan pulang ke kampung.
Tetapi , berhenti sebentar dan fikir kenapa, kenapa, dan kenapa.

Kerana belajar itu bukan kebiasaan!

Dan semua perkara lain pada manusia ini seharusnya tidak menjadi kebiasaan.

Kerana manusia ini fitrahnya berubah.
Sedangkan rambut dan kuku pun akan semakin memanjang.
Usia akan semakin meningkat.

Namun tegakah kita membiarkan kita tenggelam dalam kebiasaan?

Simptom yang mungkin semua orang maklum.
Petanda jelas jika kita berada dalam kebiasaan adalah …

bosan.

Ayuh, mari kembali koreksi diri dan tidak menjadikan sesuatu dalam hidup kita sebagai sesuatu kebiasaan.!

Walaupun hanya sekadar mencuci pinggan!

Glosari:

kouhai: junior
seka-seka: tergesa-gesa.
si rafiqah: teman (perempuan)

let’s spread the love~

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila bercakap perihal dakwah, ramai yang pasti akan menolak..bukan menolak untuk menerima tetapi menolak untuk memberi..kerana apa??kerana beralasan diri ini masih belum cukup sempurna..

“Aku ni bukan budak surau macam hang..nak berdakwah apenye…”

“ish aku ni ilmu tak banyak..kalau dalam solat pun bace surah2 pendek je..xkan lah nak berdakwah..”

begitulah alasan yang kadang-kala kita beri pabila diajak berdakwah..definisi sempurna kita itu sebenarnya bagaimana??kita ini hakikatnya hanya manusia yang imannya turun naik seperti pasang-surutnya air di lautan..nah,sekarang beritahu saya, pada ketika bila kita ini dianggap sempurna??suka untuk saya memetik kata-kata Akh Hilal Asyraf didalam bukunya motivasinya, Fanzuru.

“Kita bukan manusia luar biasa yang mendapat tarbiyyah terus daripada Rasulullah seperti para sahabat baginda.Kita juga bukan makhluk istimewa seperti malaikat.Kita juga bukan makhluk terpilih seperti para rasul dan anbiya.Kita hanya manusia biasa.Jadi, sampai bila baru kita boleh mengajak manusia lain kepada kebaikan?..”

walaupun kita ini ilmunya kurang, solat malamnya juga masih belum mampu beristiqamah, hafalan surahnya juga masih diperingkat awal,ianya tetap menjadi tugas kita untuk berdakwah, mengajak manusia kepada Allah..kerana hakikatnya, dalam kita berdakwah kepada orang lain,kita juga dengan sendirinya akan lebih berusaha untuk mempertingkatkan diri sendiri..tidak percaya??sila cuba ye^^

Rasulullah juga pernah bersabda:  “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat..”

berdakwah itu skopnya luas..bukan hanya dengan kita duduk, bercakap mengenai islam..kerana islam itu sendiri adalah cara hidup bukan??jadi, kita juga boleh berdakwah dengan cara menunjukkan sikap yang baik..hatta dengan susun selipar depann rumah sekalipun boleh dikira dakwah tau!

satu perkara yang saya pegang sehingga hari ini, dakwah itu definasinya mengajak manusia kepada Allah.Sebab apa kita ajak orang lain??sebab rasa sayang dan kita tidak mahu dia tertinggal dibelakang,bukan?kalau kita yakin bahawa Allah itu sweet, islam itu best, tarbiyyah itu osem, takkanlah kita nak simpan sorang2..kita mesti mahu orang lain juga merasa seperti apa yang kita rasa..jadi, kita kena sampaikan supaya orang lain juga merasa seperti mana yang kita rasa..

“Segerakan berbuat kebaikan, ditakuti jika kita melambat-lambatkannya, maka kita tidak akan melakukannya. Tangguhkanlah berbuat kejahatan, moga-moga jika kita menangguh-nangguhkannya, kita tidak akan melakukannya..

haaa~sekarang dah semangat nak berdakwah??let’s spread the love!!

“hidup didunia ini hanya sekali..hiduplah dengan penuh erti..”

“tak de masa lah~”

Assalamualaikum w.b.t

musim exam. musim yang sangat mencabar.

ada yang sampai 3,4 paper sehari.

bagi yang stail belajarnya last minute, inilah saatnya menguji stamina mata, kopi berteguk-teguk. mungkin tidur, mungkin tidak.

bagi yang stailnya konsisten, belajar setiap hari, juga tidak ketinggalan merasa tekanan musim exam ini.

bagai tidak cukup 24 jam sehari. bagai tidak puas 7 hari seminggu.

mandi, sebulan sekali(mungkin ada). musim sejuk ni tak mengapa, tak berpeluh, katanya.

bilik, lama tak berkemas. satu langkah nak ke bilik air,terpijak pen. langkah lagi, terpijak kertas conteng. langkah lagi, terpijak getah rambut yang disangka hilang. langkah lagi, terpijak iphone(mungkinkah?). langkah lagi…….terpijak lagi!

“tak de masa nak kemas lah~masa itu emas!”

hihi..

perasaan bercampur baur. takut, risau, tertekan, kelam-kabut..homesick?(mungkin)

sampaikan terbayang-bayang soalan kalkulus dalam takbiratul ihramnya. menari-nari segala rumus dalam rukuknya. solat yang selalunya 5-7minit, jadi 2minit!(macam melampau sangat,tapi mungkin)

“tak de masa nak lama-lama lah~masa itu emas!”

errrrrkkkk..(masa-masa begini baru sedar masa itu emas?)

tenang. mari tenang sebentar~

saudaraku, ^^ bukankah ALLAH sedang melihat segala tingkah laku kita? bukankah ALLAH sedang mendengar segala tutur kata kita? bukankah ALLAH mengetahui segala apa yang terlintas dalam fikiran dan hati kita?

makanya, tidak ada yang lebih mengetahui dan memahami perasaan, keadaan dan situasi  kita di musim exam ini melainkan ALLAH.andai rasa genkai, mengadulah pada ALLAH. andai rasa tak cukup masa, mohonlah moga masa diberkati. andai rasa tidak tahu langsung nak menjawab soalan, mohonlah ilham dari ALLAH. andai rasa tak bersemangat, malas, mohonlah kekuatan dari ALLAH! mohonlah ALLAH tundukkan nafsu malas kita! mohonlah ALLAH kuatkan kita melawan godaan syaitan! mohonlah! berharaplah! bergantunglah hanya pada ALLAH! (tanda seru menandakan nada bersemangat ye..hihi)

malah, jika kita niatkan belajar kita ini hanya kerana mengejar redha ALLAH, setiap saat kita berpenat lelah, tension mengulangkaji, lenguh menulis nota, pastinya kan ada ganjaran di sisi ALLAH s.w.t..

jadi…………………musim exam yang sibuk ini bukanlah satu alasan untuk solat ekspress,  tertinggal solat subuh sebab berjaga malam, tak menjaga kebersihan, dan lain-lain tabiat tak baik, kan? ^^

moga kita tak terpedaya, dengan bisikan dan godaan syaitan.

“kau banyak lagi tak study, solat ala kadar cukuplah. al-quran, mathurat, tu pun lepas exam nanti boleh baca…nanti tak boleh jawab dalam exam kang?” bisik syaitan ke telinga manusia.

moga bermanfaat. wallahua’lam.

*genkai : tak larat, habis upaya.

SURAT SEORANG RIJAL TANPA HATI

Image

 Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat &hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, ” Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, ” Dia itu khusyuk nampaknya.” Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca. Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Olehsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

 Waalaikumussalam wbth

 *****

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguhsungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman;

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna .

hati yang berdosa

Saat ini
Aku merenung jauh
Menyelami kenangan-kenangan silam
Penuh dengan dosa hitam
Penuh dengan  jiwa lalai

Saat itu
Ah, dunia ini aku yang punya!
Mungkin hari ini aku berdosa,
Tapi esok pasti ada taubat nasuha,
Muda ku hanya sekali saja!

Lupakah aku,
Ajal itu tidak aku tahu
Usia aku bukan aku penentu
Masih adakah aku esok waktu?
Mampukah aku sujud tersedu?

Ya Allah,
Khilaf ku tak mampu aku hitung,
Dosa-dosa ku, masihkah KAU sudi ampun?

Ya Allah,
Hidupkanlah kembali jiwa-jiwa yang mati,
Bukalah pintu hati,jendela taubat,
Agar hati-hati ini akan sentiasa
Dalam bisikan istighfar pada-MU.

 Image

masih tersisakah waktu buatku?

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam itu dingin..aku duduk merenung dinding sambil terngiang-ngiang perkara yang dibincangkan dalam usrah malam itu..TAUBAT..sebenarnya, aku sering diingatkan dengan pesanan, “sebelum tidur, solat taubat dulu ye! Sebab kita ni tak tahu bila nyawa kita akan ditarik..kot-kot la waktu tidur nanti..”aku solat taubat tapi amat jarang sekali..dan kadang-kala aku rasa seperti hati ini kosong..mata ini tidak mampu menangis ketika solat..

Malam itu aku berazam untuk solat taubat setiap hari sebelum tidur..dan entah kenapa malam itu seperti hati ini ditiupkan dengan satu perasaan yang ganjil..dan mindaku bagai terlayar segala dosa-dosa silam yang aku rasa cukup untuk membuatkan aku berasa sangat kerdil dimata Illahi..Malam itu, air mata ini jatuh membasahi bumi..menangis kerana takut..sungguh, aku takut..takut kalau-kalau saat nyawa ini ditarik, aku masih belum mendapat keampunan Illahi..

Kata ummi,

kalau Allah kurniakan rasa ingin bertaubat dalam diri kita, itu adalah satu nikmat dari Allah..

Malam itu juga ketika aku membaca tafsir surah Al-Mulk, aku rasa takut yang amat sangat..

Sudah merasa amankah kamu bahawa Dia yang dilangit tidak akan membuatkan kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang? atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang dilangit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatanKu.. (Al-Mulk,67:16~17)

Tiada jaminan untuk aku berasa selamat di atas muka bumi ini..tiada jaminan yang hari esok masih ada lagi buatku..tiada jaminan aku akan selamat di akhirat kelak sekiranya aku ini tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli syurga..rasa takut itu menyelubungiku sehingga aku tidak dapat melelapkan mata malam itu..

Allah,

masih tersisakah waktu buatku?

masih terbukakah pintu taubat itu buatku?

masih adakah ruang untukku disyurgaMu kelak?

Ya Allah,

pandanglah aku si pendosa ini sekali lagi,

kasihanilah aku..ampuni aku..

aku sedar Ya Allah,

jika dihitung amalanku, sedikit pun aku tidak layak memasuki syurgaMu,

tapi Ya Allah,

aku amat takut akan azabMu diakhirat kelak..

pandanglah aku sekali lagi Ya Allah,

tiupkanlah rahmat dan hidayahMu kepadaku..

ampunilah aku Ya Allah, ampunilah aku Ya Rahman, ampunilah aku Ya Rahim..

Hadis riwayat Abu Hurairah ra:
Dari Nabi saw. bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa: “Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum karena dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyiksa karena dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa: Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum karena dosa itu serta berbuatlah sesukamu, karena Aku benar-benar telah mengampunimu..