memberi itu lebih baik dari menerima..

Bismillahirrahmanirrahim..

“Dengan apa kau pandang orang yang berdosa?
Pandangan rahmat atau kebencian nista?
Ketahuilah hati yang membenci
Tidak akan mampu mencinta..”
-sinergi-(Hilal Asyraf)

Sekelip mata sahaja.Perkara ini seolah-olah menjadi satu fenomena di facebook..semua orang berkongsi video,blog dan artikel yang memaparkan perkara yang sama..isu mengenai mahasiswa menurunkan bendera..

Saya tidak mahu mengulas panjang..dan saya juga bukan menulis untuk menunding jari siapa salah, siapa betul..kerana dengan menunding jari, masalah ini takkan selesai..malah ummat akan terus tenat..alangkah bagus kalau kita yang mengorak langkah untuk memberi maaf dahulu..bukankah tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima?

Mari kita duduk sejenak membaca kisah ini.

Suatu saat Nabi Muhammad SAW saat di masjid mengatakan kepada para sahabat bahawa akan datang di pintu ini seorang ahli syurga. Maka para sahabat pun mununggu di pintu itu dan ternyata yang lewat adalah sesorang badui. Keesokan harinya, Nabi mengatakan bahawa di pintu ini akan datang seorang ahli syurga. Lantas para sahabat menunggu dan ternyata , orang Badui itu lagi yang telah lewat. Dan sampai hari ke-3 Nabi masih mengatakan begitu lagi , maka lantas para sahabat heran apa amalan dari orang ahli syurga itu. Lantas salah seorang dari sahabat membuntuti orang Badui ahli surga itu dan apabila sampai di rumahnya sahabat tersebut mengatakan, “Bolehkah aku tinggal di rumahmu selama 3 hari? Lantas badui tersebut membolehkan sahabat Nabi untuk tinggal di rumahnya. Hari demi hari terus berjalan. Sahabat Nabi makin heran apakah amalan orang badui ini kerana dia sedikit pun tidak nampak si badui ini bangun untuk solat malam atau ibadah-ibadah sunat yang lain yang dilakukan. Maka sahabat Nabi pun mengutarakan pertanyaan kepada orang badui tersebut .”ya fulan, apa amalan seharianmu sehingga kamu dikatakan oleh Nabi bahawa kamu adalah ahli syurga? Lantas jawabnya, “Amalan seharianku biasa-biasa saja cuma di saat sebelum aku tidur, aku selalu memaafkan orang yang bersalah kepadaku dan memaafkan kesalahan orang lain yang masih mahu berbuat salah terhadapku.”

SubhanAllah..begitu banyak jalan untuk ke syurga Illahi..

Lupakan dendam..lupakan persengketaan..kerana hati ini akan bertambah sakit saat kita diselubungi dengan rasa benci dan api kemarahan..saat kita diselubungi kemarahan, segala perkara boleh terjadi..kita seolah-olah tidak dapat berfikir dengan waras..pada ketika itu, tindak-tanduk kita kita dikuasai nafsu semata-mata..bukan berlandaskan neraca iman..begitulah manusia..rasa marah memang kadang-kala sukar untuk dikawal..tetapi dengan persengketaan, masalah tetap tidak akan selesai..

Didiklah diri untuk memaafkan dan meminta maaf kepada semua orang sebelum tidur..kerana kita tidak tahu bila agaknya pengakhiran kepada cerita kehidupan kita didunia..andai kata Allah menjemput kita pulang saat kita lena diulik mimpi, bagaimana agaknya nanti?sanggupkah kita berjalan di padang mahsyar kelak mencari seseorang yang masih kita berhutang maaf dengannya?nauzubillah..

~hidup didunia ini hanya sekali, maka hiduplah dengan penuh erti~

wallahualam..

Advertisements

Muharram dan kita

بِسْمِ اٌللهِ اٌلرَّ حْمَٰنِ اٌلرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt…

Pejam celik, pejam celik, tibanya 1 muharram seperti juga tahun2 sebelum ini…Hari dimana, ianya menjadi permulaan bagi tahun baru dalam kalendar Islam.. Walaupun ianya tidak disambut dengan kiraan detik2 akhir bersama-sama dengan percikan bunga api, cukupkah ia dirai dengan hanya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun yang kerap kali kita lakukan saban tahun???

Mengenang kembali kira-kira 1300tahun yang lalu, Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat berhijrah ke Madinah setelah mengalami tekanan yang sangat kuat daripada kafir Quraisy Mekah.. Walaupun penghijrahan ke Madinah menuntut mereka meninggalkan sanak-saudara, meninggalkan sumber pendapatan yang sedia ada di Mekah, tetapi dengan keyakinan dan keimanan yang kuat terhadap Allah SWT bersama-sama dengan janji Baginda SAW, membuatkan mereka tekad untuk berhijrah..

Sekaligus, penghijrahan ini membuktikan bahawa ianya bukan hanya sekadar penghijrahan “tempat”.. tetapi juga penghijrahan dari segi jiwa mereka..

Dan begitu jugalah seharusnya kita..kedatangan 1 Muharram saban tahun bukanlah sekadar penghijrahan dari kalendar ke kalendar, tetapi sepatutnya menjadi penghijrahan jiwa untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya…Jika sebelum ini, kite meraikan 1 muharam dengan bacaan doa, mungkin pada tahun ini bersama-sama dengan bacaan doa tersebut kita hayati makna di sebalik doa itu.. muhasabah kembali apa yang kita lakukan pada tahun sebelumnya, bersama-sama dengan satu tekad untuk berhijrah ke arah penyucian jiwa yang lebih baik..insyaAllah…

Beberapa hari sebelum 1 Muharram baru-baru ini, warga Malaysia begitu “kecoh” dengan perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia yang menentukan kedudukan pingat emas di Sukan Sea. Kehangatan perlawanan pada waktu itu telah “berjaya” menenggelamkan peristiwa dimana 2 orang dari kalangan penyokong Indonesia didapati maut akibat terperangkap dalam kesesakan penyokong yang berpusu-pusu masuk ke dalam stadium. Walaupun semua penyokong yang berada di dalam stadium berkenaan datang dengan niat untuk menonton perlawanan tersebut, tetapi sedarkah kita, bahawa malaikat Izrail “masih” menjalankan tugasnya??

Mengambil perlawanan bola ini sebagai contoh, disebalik sorakan “gol” yang kita teriakan, sedarkah kita malaikat Izrail sedang melihat kita?? Disebalik kegembiraan atas kejuaraan skuad Harimau Muda menjuarai perlawanan, sedarkah kita bahawa malaikat Izrail sedang melihat kita?? Jika nyawa kita ditarik disaat kita lalai akanNya, adakah masih sempat untuk kita membetulkannya??

Oleh itu, sempena dengan tahun baru ini, marilah sama2 kita bermuhasabah jiwa kita dan cuba membetulkannya sebelum terlewat.. Semoga setiap apa yang kita lakukan adalah dengan niat kerana Allah taala agar setiap detik dalam hidup kita adalah ibadah kepadaNya…semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya…amin..

Salam Maal Hijrah dari kami warga ICK 🙂